Showing posts with label Maklumat Terkini. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Terkini. Show all posts

Community/Talent Executive

Responsibilities:

The Netccentric group is looking for a Community/Talent Executive to help grow and manage our blog/social media community. This person should have amazing people skills, along with strong verbal and written communication skills. Talent management experiences are a plus, but not required. Candidate must be highly organized, and be able to keep deadlines and schedules. This person must also be a strong multi-tasker who is detail oriented and has great follow through. We are especially seeking for a personable and focused individual who has the ability to work in a fast paced office.

Requirements:
  • Candidates must possess at least a "A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree in any field    
  • Fresh graduates are welcome to apply
  • Must be between the age of 22 - 28 years old
  • Must be able to write and converse fluently in English
  • Articulate, with good communication and presentation skills
  • Self-motivated, target driven and able to work independently
  • Must possess some knowledge of social media
  • Good team player with a proactive attitude
  • Dynamic, bubbly and have passion for the media industry
  • Must be willing to work after standard working hours and on weekends when occasional events/ activities are being held
  • Application only open to citizens or PR holders
  • Must be willing to be based in Kuala Lumpur
  • Email CV (with photo) to mycareer@netccentric.com with the subject : Community/Talent Executive
  • Closing date for applicants: 15th June 2012

So hustle up Nuffnangers, sharpen those CVs and join us now!

Cheers,

Darren Low
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

[Pengurusan Stress] Kaedah 10 B

  • B – Bertenang
  • B – Bernafas dengan dalam
  • B – Berkata : relex,tenang
  • B – Beribadat/berzikir
  • B – Bercakap dengan seseorang
  • B – Berurut
  • B – Berehat dan mendengar muzik
  • B – Beriadah
  • B – Bersenam
  • B - Berfikiran positif
  • Awalan Huruf Plat Kenderaan Mengikut Negeri

    Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi seperti berikut:- ( sumber Wikipedia )


    Sumber diperolehi daripada Wikipedia.

    Tips Menghalang Jenayah # Peringatan daripada PDRM

    1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

    2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

    3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

    4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

    5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

    6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

    7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

    8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

    9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

    10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

    11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

    12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

    13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

    14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

    15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

    16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

    17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

    18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

    19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

    20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

    21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


    Sumber: PDRM

    Game dan aplikasi2 GIFT di facebook !?

    Saban hari semakin meningkat pengguna facebook di dunia.Virus positif dalam sejarah social networking ini telah memecahkan rekod global apabila kedudukan traffic web ini pada ranking ke-3 keseluruhannya.Secara amnya, di sebalik social network ini, ada strategi bisnes yang kita tidak terfikir.Namun sedemikian,peluang ini tidak terbuka untuk staff Zuckerbag sahaja tetapi ia amat bernilai bagi mereka yang pandai mencari peluang untuk meraih keuntungan yang tidak terhingga.

    Game dan aplikasi Gift di facebook.

    Secara rambangnya , kebanyakan individu yang melayari facebook amat gemar untuk bermain game dan menggunakan aplikasi seperti gift.Benda yang kelihatan agak simple ini sebenarnya ada motif yang anda perlu tahu:

    Pertama : Bila anda ‘allow’kan sesebuah aplikasi /game di facebook ,ia sebenarnya telah menyumbang beberapa kredit kepada si pembuatnya.Mungkin anda pernah dengar program pay per click yang dimasyhurkan oleh google suatu ketika dulu dan bertahan sampai sekarang.Namun, disebabkan medium facebook ini lebih ramai pengunjung serta mempunyai berbillion ahli yang aktif, maka wujud pula pay per impression.Pay per impression adalah iklan yang di tayangkan sama ada di kiri, kanan,atas dan bawah sesebuah aplikasi apabila kita click allow dan masok.Program ini lebih mudah kerana ia tidak perlu di klik,hanya apabila iklan itu dipaparkan sahaja si pembuatnya akan mendapat kredit daripada pengguna.

    Secara tidak lansung kita sebenarnya telah menyumbang kepada duit poket orang lain.Percaya atau tidak,selepas anda masuk sesebuah aplikasi anda akan di minta untuk menghebohkan kepada rakan anda yang lain atau ia di panggil ‘friend invitation’.Bayangkan sekiranya anda rekemenkan sesebuah aplikasi itu kepada 10 rakan anda kemudian 10 rakan anda lagi menjemput kepada 10 lagi sehinggalah menjadi juta-juta dan berbillion yang menggunakannya.Ironinya,siapakah yang untung di sini?anda sendiri pun boleh fikir…Terlalu mudah untuk orang lain mengambil kesempatan dan menjadi jutawan dengan mempergunakan kita.Sekiranya satu impression di bayar oleh syt pengiklanan (yang paling masyhur Rocksyou.com) sebanyak 10sen,kemudian 1 juta yang menggunakannya (pengguna facebook di Malaysia) sudah RM100 ribu masuk poket pembuatnya.Itupun hanya dua tiga minggu,kalau sebulan,setahun dan bertahun-tahun..memang pembuatnya hanya akan duduk dan goyang kaki sahaja menghitung wang.

    Kesimpulannya

    Mengapa kita tidak terfikir network atau kawan-kawan yang kita ada itu boleh menyumbangkan pendapatan kepada kita?Seperti mudahnya pembuat aplikasi dan game itu mendapat duit dan mempergunakan kita.Majulah setapak dan tukar cara kita berfikir.Dari khayalan menjadi kenyataan..Facebook sebenarnya bukan dicipta secara sia-sia,ia bermotifkan perniagaan dan memberi peluang kepada yang ingin merebutnya.Jom kita sama-sama ubahkan facebook kita menjadi duit sekarang.

    Kenapa Telefon Blackberry Diharamkan??

    Salam Sejahtera kepada semua. Dah masuk raya yang ke-6.Belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.. :D

    Di sini saya ingin berkongsi info tentang telefon Blackberry yang menjadi bualan hangat masa kini. Sesiapa yang memilik telefon pintar ini pasti tersenyum lebar kan?? :D

    Pelbagai persoalan diutarakan mengenai "KENAPA TELEFON BLACKBERRY DIHARAMKAN?". Ada yang bilang begitu..ada yang bilang begini. Setelah membuat reseach dalam pak google, info berikut saya temui. Jangan tak tahu..Sudah ada negara yang mengharamkan penggunaan blackberry ini.

    Beberapa kemungkinan yang boleh diambil kira :

    1. Ancaman keselamatan – Blackberry ada pusat servernya sendiri berpangkalan di Kanada. Pihak berkuasa negara tidak dapat memantau segala penyaluran maklumat yang berlaku. Adakah ini akan mendatangkan ancaman?

    2. Keterbukaan memberi pendapat – Fungsi Blackberry Messenger membolehkan setiap pengguna blackberry berinteraksi dan segala maklumatnya tidak dapat dipantau.

    3. Terdedah kepada kebocoran maklumat – Bayangkan semua pusat data berada di Kanada dan adakah mereka benar-benar telus?


    p/s: apa pendapat anda semua? Adakah telefon blackberry ini patut diharamkan di Malaysia??

    AWAS!!.....BAHAYA Botol Air Mineral

    Salam sejahtera tompinai om tambalut...

    Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin kita semua tahu tapi buat2 nda tahu.

    Di zaman moden seperti sekarang segalanya semakin maju. Namun jika dilihat efek negatifnya juga semakin banyak. Pernahkah kita terfikir tentang pelbagai penyakit yang ada sekarang merupakan akibat dari lingkungan persekitaran kita yang kotor? Sampah sarap dibuang merata-rata tempat. Sampah yang selalu kita lihat adalah plastik. Lebih parah lagi, plastik ini memerlukan masa bertahun-tahun untuk lebur di dalam tanah.

    Mengikut maklumat yang terkini bahawa botol air mineral yang sering kita minum itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit tanpa kita sedari. Salah satu darinya adalah KANSER PAYUDARA!

    Sebahagian daripada kita mempunyai kebiasaan menggunakan botol mineral itu berulang-ulang kali samada meletakkan di dalam kereta ataupun di pejabat. Tanpa kita sedari air tersebut sudah berhari-hari dalam kereta kita dan terdedah dengan suhu panas. Kebiasaan itulah yang menyebabkan kita kurang perihatin dengan kesihatan diri.

    Botol air mineral diperbuat daripada bahan Polyethylene Terephthalate or PET dan mengandungi zat-zat karsinogen. Cuba anda lihat di bahagian bawah botol mineral tersebut. Kita akan dapat melihat sebarang kode atau simbol PET di bawahnya dan kelihatan juga nombor 1 ataupun 2.

    Maksudnya di sini botol mineral itu hanya boleh digunakan untuk 1-2 kali saja. Jika anda ingin memakainya lebih lama, sebaik-baiknya tidak boleh lebih dari seminggu dan dijauhkan dari bahang kepanasan seperti matahari. Elakkan juga mencuci botol mineral itu berulang-ulang kali, ianya akan membuat lapisan plastik rosak dan zat karsinogen bercampur dengan air yang diisi di dalamnya.

    Nasihat : Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang-ulang, jangan memakai botol plastik.


    Sekian untuk renungan bersama.

    p/s: tirai tahun bakal berlabuh. akan muncul tahun baru yang bakal menyinar....:)

    Jawatan Kosong Di Sabah

    Terdapat jawatan kosong di Sabah. Siapa yang berminat boleh lah klik >>> www.jawatan.sabah.gov.my

    Jawatan untuk : a) Penolong Pegawai Pertanian : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009
    b) Juruteknik : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009

    p/s: permohonan boleh dibuat secara online sahaja. No more isi pakai borang lagi.
    Cepat sebelum tarikh tutup.Mana tau ada nasib!
    Hai kawan2..

    Disini sia ingin berkongsi sedikit pasal nombor pendaftaran kenderaan kita. Biasanya nombor kenderaan ini wujud mengikut negeri.Cth pangkal bagi nombor pendaftaran kenderaan di negeri Sabah adalah 'S'..sarawak bermula dengan huruf 'Q"..dsbg. Itu kita tahu dan 'familiar' dengan identiti pangkal huruf nombor pendaftaran kenderaan.

    Pernahkan kita nampak flat kenderaan yang lain daripada lain? Mari kita tengok siapa yag kena!

    1. KRISS xxxx
    2. LOTUS xxxx
    3. NAZA xxxx
    4. PERSONA xxxx
    5. PERODUA xxxx
    6. PUTRA xxxx
    7. PROTON xxxx
    8. PUTRAJAYA xxxx
    9. SATRIA xxxx
    10. SUKOM xxxx
    11. TIARA xxxx
    12. WAJA xxxx
    13. XIIINAM xxxx
    14. XIASEAN xxxx
    15. XOIC xxxx
    16. XXXIDB xxxx
    17. BAMBEE xxxx
    18. BRUNEI
    19. CHANCELLOR xxxx
    20. COMEL xxxx
    21. EKUINE xxxx
    22. FP xxxx
    23. GP xxxx
    24. HELANG xxxx
    25. JAGUH xxxx
    26. JALURGEMILANG xxxx
    (xxxx - nombor kenderaan)

    Antara yang dapat sia dapat kongsi bersama. Hairan bin ajaib! Macamna mo dapat no. flat kenderaan yang istimewa nie. Mungkinkah ada 'luck' setiap kenderaan ni? Saya pun tidak tahu. Masih tertanya2 jawapannya. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa bolehlah kongsi di sini. Jan kudukut ba..

    p/s: Ini hanyalah sekadar informasi. Kalau salah tolong betulkan.
     

    Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building