Game dan aplikasi2 GIFT di facebook !?

Saban hari semakin meningkat pengguna facebook di dunia.Virus positif dalam sejarah social networking ini telah memecahkan rekod global apabila kedudukan traffic web ini pada ranking ke-3 keseluruhannya.Secara amnya, di sebalik social network ini, ada strategi bisnes yang kita tidak terfikir.Namun sedemikian,peluang ini tidak terbuka untuk staff Zuckerbag sahaja tetapi ia amat bernilai bagi mereka yang pandai mencari peluang untuk meraih keuntungan yang tidak terhingga.

Game dan aplikasi Gift di facebook.

Secara rambangnya , kebanyakan individu yang melayari facebook amat gemar untuk bermain game dan menggunakan aplikasi seperti gift.Benda yang kelihatan agak simple ini sebenarnya ada motif yang anda perlu tahu:

Pertama : Bila anda ‘allow’kan sesebuah aplikasi /game di facebook ,ia sebenarnya telah menyumbang beberapa kredit kepada si pembuatnya.Mungkin anda pernah dengar program pay per click yang dimasyhurkan oleh google suatu ketika dulu dan bertahan sampai sekarang.Namun, disebabkan medium facebook ini lebih ramai pengunjung serta mempunyai berbillion ahli yang aktif, maka wujud pula pay per impression.Pay per impression adalah iklan yang di tayangkan sama ada di kiri, kanan,atas dan bawah sesebuah aplikasi apabila kita click allow dan masok.Program ini lebih mudah kerana ia tidak perlu di klik,hanya apabila iklan itu dipaparkan sahaja si pembuatnya akan mendapat kredit daripada pengguna.

Secara tidak lansung kita sebenarnya telah menyumbang kepada duit poket orang lain.Percaya atau tidak,selepas anda masuk sesebuah aplikasi anda akan di minta untuk menghebohkan kepada rakan anda yang lain atau ia di panggil ‘friend invitation’.Bayangkan sekiranya anda rekemenkan sesebuah aplikasi itu kepada 10 rakan anda kemudian 10 rakan anda lagi menjemput kepada 10 lagi sehinggalah menjadi juta-juta dan berbillion yang menggunakannya.Ironinya,siapakah yang untung di sini?anda sendiri pun boleh fikir…Terlalu mudah untuk orang lain mengambil kesempatan dan menjadi jutawan dengan mempergunakan kita.Sekiranya satu impression di bayar oleh syt pengiklanan (yang paling masyhur Rocksyou.com) sebanyak 10sen,kemudian 1 juta yang menggunakannya (pengguna facebook di Malaysia) sudah RM100 ribu masuk poket pembuatnya.Itupun hanya dua tiga minggu,kalau sebulan,setahun dan bertahun-tahun..memang pembuatnya hanya akan duduk dan goyang kaki sahaja menghitung wang.

Kesimpulannya

Mengapa kita tidak terfikir network atau kawan-kawan yang kita ada itu boleh menyumbangkan pendapatan kepada kita?Seperti mudahnya pembuat aplikasi dan game itu mendapat duit dan mempergunakan kita.Majulah setapak dan tukar cara kita berfikir.Dari khayalan menjadi kenyataan..Facebook sebenarnya bukan dicipta secara sia-sia,ia bermotifkan perniagaan dan memberi peluang kepada yang ingin merebutnya.Jom kita sama-sama ubahkan facebook kita menjadi duit sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building