3 Perisian Untuk Mengembalikan Fail Yang Terpadam

Fail2 yang terpadam dengan sengaja atau tidak sengaja boleh dikembalikan dengan menggunakan 3 perisian berikut:-

1. Perisian Recuva
Recuva sebenarnya singkatan bagi “recover” dimana ia satu perisian percuma yang dibangunkan oleh Piriform. Ia boleh dgunakan pada Windows Vista, XP, 2003, 2000 dan 98. Perisian recuva ini bukan saja dapat mengembalikan fail pada cakera keras malah ia juga dapat mengembalikan data yang terpadam dari flash/USB drive, kad memori atau pemain mp3.

Anda boleh mencari mengikut jenis – jenis data seperti gambar, audio atau dokumen. Ia merangkumi semua jenis fail termasuk mp3, wma, wmv, rtf, url, doc,xls, ppt, vsd, tiff, jpg dan png.Ia juga boleh dicuba dengan kaedah carian cepat [ fast scan ] atau carian mendalam [ deep scan ] .
Klik di sini untuk muat turun perisian ini.















2. PC Inspector File Recovery
PC Inspector File Recovery juga merupakan sejenis perisian untuk mengembalikan data. Ia digunakan untuk sistem fail FAT 12/16/32 dan NTFS. Pada sistem fail FAT, perisian ini akan mencari pembahagi [ partitions ] secara sendiri, samada boot sector atau FAT itu sudah dipadam atau rosak.
Klik di sini untuk muat turun perisian ini.
















3. File Recovery Professional
File Recovery Professional boleh mengimbas dan mencari partition yang hilang, boot sectors dan komponen sistem fail. Ia juga boleh mengesan drives yang tidak kelihatan pada Explorer. Antaramuka perisian ini senang digunakan dan ia dibangunkan untuk mencari fail dengan lebih mudah.

File Recovery Professional ini boleh mengembalikan data dari:
  • Partitions yang hilang atau terpadam;
  • Pemasangan [ Installations ] mempunyai masalah;
  • Fail yang diserang virus yang dipadam.

Klik di sini untuk muat turun perisian ini.



















p/s: Semoga dapat membantu anda untuk mendapatkan fail itu semula. :)

Salam Tompinai

Apa khabar anda semua? Agak lama tidak UPDATE blog kesayanganku ini. Mungkin juga terlalu sibuk dengan tugasan yang perlu dilaksanakan di samping rutin harian sebagai seorang isteri.

Semakin hari tugasan semakin banyak. Dalam pada masa itu pelbagai tekanan @ stress yang saya dapat. Bagaimana kita mengawal stress?? Persoalan ini pernah saya tanyakan kepada kawan2 dalam laman sosial facebook.Kebanyakan mereka mengatakan hidup perlu happy, kawal pemakanan,kawal pemikiran dan paling utama amalkan berjogging pabila stress.Petua anda bagaimana pula?? Any idea??

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building