Kenapa Telefon Blackberry Diharamkan??

Salam Sejahtera kepada semua. Dah masuk raya yang ke-6.Belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.. :D

Di sini saya ingin berkongsi info tentang telefon Blackberry yang menjadi bualan hangat masa kini. Sesiapa yang memilik telefon pintar ini pasti tersenyum lebar kan?? :D

Pelbagai persoalan diutarakan mengenai "KENAPA TELEFON BLACKBERRY DIHARAMKAN?". Ada yang bilang begitu..ada yang bilang begini. Setelah membuat reseach dalam pak google, info berikut saya temui. Jangan tak tahu..Sudah ada negara yang mengharamkan penggunaan blackberry ini.

Beberapa kemungkinan yang boleh diambil kira :

1. Ancaman keselamatan – Blackberry ada pusat servernya sendiri berpangkalan di Kanada. Pihak berkuasa negara tidak dapat memantau segala penyaluran maklumat yang berlaku. Adakah ini akan mendatangkan ancaman?

2. Keterbukaan memberi pendapat – Fungsi Blackberry Messenger membolehkan setiap pengguna blackberry berinteraksi dan segala maklumatnya tidak dapat dipantau.

3. Terdedah kepada kebocoran maklumat – Bayangkan semua pusat data berada di Kanada dan adakah mereka benar-benar telus?


p/s: apa pendapat anda semua? Adakah telefon blackberry ini patut diharamkan di Malaysia??

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building