Jawatan Kosong di Yayasan Selangor

Permohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:


1) Jawatan : (Pengurusan & Pendidikan)

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan

Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap

Gaji Asas : Mengikut Skim Yayasan Selangor

Syarat Lantikan : Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan seperti:

i. Kelulusan asas memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

ii. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Sarjana ( Master) atau Phd yang diiktiraf oleh Kerajaan;dan

iii. Lulus Bahasa Malaysia diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia

2) Jawatan : Sokongan 1 & II

Kelayakan Akademik : Mempunyai Diploma atau Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan nya oleh Kerajaan;DAN Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia.

KEUTAMAAN SYARAT LANTIKAN:

• Warganegara Malaysia

• Calon mestilah berusia tidak kurang daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

• Calon hendaklah mempunyai pengalaman kerja.

• Calon mestilah mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pendidikan serta yang berkaitan. (Calon berpengalaman dalam bidang perundangan akan diutamakan)

CARA MEMOHON.

i. Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman Web Yayasan Selangor : http://www:yayasanselangor.org.my

ii. Pemohon juga hendaklah menghantar resume berserta dengan borang permohonan perjawatan, di Jabatan Sumber Manusia Yayasan Selangor.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan telah disahkan.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR:

Borang yang lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

JABATAN SUMBER MANUSIA
Yayasan Selangor
Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya,SELANGOR
Tel: 03-79551212 EXT 182/185/191 Fax No: 79541790



Hanya calon yang disenaraikan pendek yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Calon yang tidak menerima jawapan dalam masa 4 bulan dianggap tidak Berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2010.



KLIK DI SINI UNTUK MUATURUN BORANG PERMOHONAN


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building