Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UPSI juga mempelawa para pemohon yang berkelayakan, komoted dan proaktif bersama menuju kearah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :

1. PUSTAKAWAN S52
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
4. PEGAWAI TADBIR N48
5. PEGAWAI PERGIGIAN U48
6. PEGAWAI PERGIGIAN U44
7. PEGAWAI PERUBATAN UD43
8. PEGAWAI KESELAMATAN KP44
9. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
11. AHLI FOTOGRAFI B17



Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online.

2. Pemohon hendaklah mencetak maklumat ID tersebut dan Curriculum Vitae /
Resume (CV) pada kertas A4 dan seterusnya mengambil tindakan berikut:

(a) Melekatkan sekeping gambar berukuran paspot pada cetakan ID.

(b) Melampirkan salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan dengan
kemas dan tersusun.

(c) Pemohon yang merupakan kakitangan UPSI, diminta menghantar
dokumen permohonan beserta sekeping surat iringan yang
dialamatkan kepada Pendaftar UPSI

(d) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam,Badan
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu melampirkan perakuan
permohonan daripada Ketua Jabatan beserta salinan Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan terkini dan salinan Laporan Perkhidmatan.

3.. Cetakan ID, CV / Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan
dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat


UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.


Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 / 6338 / 6339 / 6340 atau

e-me myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

Tarikh tutup permohonan: 10 Januari 2011 (Isnin)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building