Tips memastikan RAM betul2 rosak sebelum diganti

Sebelum kamu semua mo tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer kamu rosak, kamu boleh try test cuba dulu tips nie.. ..
Caranya :- (kacang bah nie)

1. Kenalpasti masalah RAM
Kalau RAM ada masalah, akan keluar bunyi 'beep' daripada motherboard[papan induk] komputer kita.Bunyi 'beep' terhasil apabila BIOS [Basic Input Output System] dapat kesan masalah pada RAM, samada RAM rosak atau RAM nda letak betul2 dalam slot.…Jadi periksa RAM masing2 yeah!

2. Cabut RAM anda
Cabut RAM tu daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang biasa kita pakai time sikul2 dulu] , kasi gosok jejalur emas yang ada di RAM tu, lepas tu lap dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM
Sebelum pasang RAM tu balik pada motherboard, sapu dulu slot RAM tu menggunakan berus cat [berus cat yang nda mudah tertanggal bulu2]..tujuan proses ini untuk membuang habuk-habuk yang ada di slot tersebut..

4. Pasang semula RAM anda
Akhir sekali, bulihlah pasang semula RAM tu. Kalau masih lagi ada masalah atau still bunyi 'beep'..confirm la RAM tu betul2 rosak.Kasi sedialah dompet tebal2..

*** boleh juga guna tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card

Selamat Mencuba...!!!!

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building