Tirai tahun 2009 bakal berlabuh. Tahun 2010 menggantikan tahun 2009 yang penuh dengan suka duka dan kekejaman manusia. Semoga tahun 2010 bakal memberi sinar harapan kepada kita semua.

Selamat Tahun Baru
2010

AWAS!!.....BAHAYA Botol Air Mineral

Salam sejahtera tompinai om tambalut...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin kita semua tahu tapi buat2 nda tahu.

Di zaman moden seperti sekarang segalanya semakin maju. Namun jika dilihat efek negatifnya juga semakin banyak. Pernahkah kita terfikir tentang pelbagai penyakit yang ada sekarang merupakan akibat dari lingkungan persekitaran kita yang kotor? Sampah sarap dibuang merata-rata tempat. Sampah yang selalu kita lihat adalah plastik. Lebih parah lagi, plastik ini memerlukan masa bertahun-tahun untuk lebur di dalam tanah.

Mengikut maklumat yang terkini bahawa botol air mineral yang sering kita minum itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit tanpa kita sedari. Salah satu darinya adalah KANSER PAYUDARA!

Sebahagian daripada kita mempunyai kebiasaan menggunakan botol mineral itu berulang-ulang kali samada meletakkan di dalam kereta ataupun di pejabat. Tanpa kita sedari air tersebut sudah berhari-hari dalam kereta kita dan terdedah dengan suhu panas. Kebiasaan itulah yang menyebabkan kita kurang perihatin dengan kesihatan diri.

Botol air mineral diperbuat daripada bahan Polyethylene Terephthalate or PET dan mengandungi zat-zat karsinogen. Cuba anda lihat di bahagian bawah botol mineral tersebut. Kita akan dapat melihat sebarang kode atau simbol PET di bawahnya dan kelihatan juga nombor 1 ataupun 2.

Maksudnya di sini botol mineral itu hanya boleh digunakan untuk 1-2 kali saja. Jika anda ingin memakainya lebih lama, sebaik-baiknya tidak boleh lebih dari seminggu dan dijauhkan dari bahang kepanasan seperti matahari. Elakkan juga mencuci botol mineral itu berulang-ulang kali, ianya akan membuat lapisan plastik rosak dan zat karsinogen bercampur dengan air yang diisi di dalamnya.

Nasihat : Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang-ulang, jangan memakai botol plastik.


Sekian untuk renungan bersama.

p/s: tirai tahun bakal berlabuh. akan muncul tahun baru yang bakal menyinar....:)

Convert flv ke mpg

Salah satu software yang dapat digunakan untuk membuat mpg dengan hasil yang bagus (audio tidak terlalu pecah-pecah) adalah TMPGEnc. Format video yang didukung TMPGEnc pada dasarnya adalah avi,asf dan mpg. Flv adalah video dengan format flashmovie yang digunakan di Youtube. Sebenarnya banyak software video converter yang dapat mengubah flv menjadi mpg dengan mudah. Salah satunya adalah TMPGEnc.

Berikut ini langkah-langkahnya:

Download dan install
1. Download K-Lite Codec Pack dan install (tujuannya agar pc Anda dapat memainkan pelbagai macam format video dan audio)
2. Download TMPGEnc Plus 2.5 dan kemudian install

Setting Dahulu TMPGEnc
1. Buka TMPGEnc, apabila muncul windows ‘Project Wizard’ klik ‘Cancel’
2. Klik ‘Option’ kemudian ‘Environmental Setting’
3. Klik ‘Audio Engine’, di bahagian ‘Sampling Frequency Convertor’ centang ‘High Quality’
4. Klik ‘VFAPI plug-in’, Cari ‘DirectShow Multimedia File Reader’ kemudian klik kanan di ‘DirectShow Multimedia File Reader’, pilih ‘Higher Priority’, maka ‘DirectShow Multimedia File Reader’ akan naik ke urutan paling atas. Apabila belum mencapai urutan paling atas, cuba ulangi kembali klik kanan, kemudian pilih ‘Higher Priority’.
5. Klik ‘OK’

Saat ditunggu2 untuk Convert
1. Klik ‘File’, kemudian ‘Project Wizard’
2. Maka akan muncul windows ‘Project Wizard’
3. Project Wizard yang pertama iaitu memilih format mpg yang akan dihasilkan. Untuk membuat mpg untuk vcd dengan format pal, pilih ‘Video-CD – PAL. Kemudian klik ‘Next’
4. Project Wizard kedua iaitu memilih file yang akan diconvert/encoding. Di ‘Video File’ klik ‘Browse’, maka akan muncul kotak dialog ‘Open’. Di ‘Files of type’ (sebelah kiri cancel) scroll ke paling bawah, pilih ‘All files’. Kemudian pilih file flv yang ingin diconvert. Klik ‘Open’
5. Di bagian ‘Expert Setting for Source’, ‘Video Type’ pilih ‘Interlace’, ‘Field order’ pilih ‘Bottom field first (field B), ‘Aspect ratio’ pilih ‘4:3 625 line (PAL)’. Klik ‘Next’
6. Klik ‘Other Setting’ (diatas cancel), ‘Motion search precision’ pilih ‘High quality (slow)’. Boleh juga memilih ‘Highest quality’ (very slow) tapi sudah semestinya waktu untuk convert akan lebih lama. Klik ‘OK’, Klik ‘Next’
7. Kemudian klik ‘Next’ lagi,Di ‘Output file’ klik ‘Browse’ untuk menentukan tempat file hasil convertnya. Klik ‘OK’, kemudian ‘OK’ lagi.

Selain itu dapat juga dipergunakan untuk convert file 3gp menjadi mpg.
Selamat Mencuba guys...!!!

Jenis-jenis extension file yang biasa kita jumpa

Ekstensi folder berfungsi untuk mengetahui atau membezakan jenis suatu folder.Ekstensi folder biasanya terdiri dari 3 huruf tetapi juga terdapat stretching yang hanya terdiri dari 2 ataupun 4 huruf.Ekstensi folder terletak pada tiga huruf terakhir sesudah titik(.)... Untuk mengetahui /menampilkan stretching dari suatu folder ; caranya adalah sebagai berikut:
(Untuk Windows XP)
1. Buka Windows Explorer
2. Pilih Tools -> Folder Options
3. Masuk ke Tab View
4. Apply -> OK

Berikut adalah beberapa ekstensi suatu folder yang sering kita jumpa beserta penjelasan.
1. EXE = File aplikasi (executable.Hanya boleh dibuka di sistem operasi windows.
2. DOC = File Dokumen dan dapat dibuka dengan MS Word.
3. GIF = File Gambar/Animasi.File dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar seperti PhotoShop, PhotoPaint, Paint, ACDSee, Ulead Gif Animator dan lain2.
4. JPG/JPEG/BMP = sejenis file untuk Gambar. Dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar seperti PhotoShop, PhotoPaint, Paint, ACDSee dan lain2.
5. ICO = File untuk Icon Gambar. Dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar icon.
6. PSD = File Image, File Photoshop. Dapat dibuka dengan aplikasi Adobe PhotoShop.
7. MP3 = File Audio. Dapat dibuka dengan aplikasi audio seperti Winamp, Windows Media Player atau lain2 aplikasi berkaitan audio.
8. MPG/MPEG = File Video. Dapat dibuka dengan aplikasi video seperti Windows Media Player atau yang lainnya.
9. WAV = File Audio. Dapat dibuka dengan aplikasi audio seperti Winamp, Windows Media Player atau yang lain2.
10.AVI = File Video (Biasanya digunakan untuk looks DVD). Dapat dibuka dengan aplikasi video seperti CyberLink PowerDVD atau yang lain2.
11.FLV = File Flash Video. Dapat dibuka dengan aplikasi video ripple seperti Total Video Player, FLV Player atau sbginya.
12.PDF = File Dokumen dari Adobe. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Adobe Acrobat Reader.
13.LOG = File Log. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
14.TXT = File Teks. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
15.ASM = Source Code Pemprograman Assembly. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
16.RAR/ZIP = File Compress. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti WinZip atau WinRar.
17.REG = File Registry. Dapat dibuka dengan aplikasi Regedit atau Notepad.
18.HTM/HTML/SHTML = File Internet Document. Dapat dibuka dengan Netscape Navigator, MS Internet Explorer, Mozilla Firefox atau yang lain2.
19.CDR = File Corel Draw. Dapat dibuka dengan Corel Draw.
20.TTF = File Font. Dapat dibuka dengan aplikasi Font Viewer.
21.BAT = File Batch. Sebuah folder manual yang berisi beberapa perintah yang secara segaja untuk di eksekusi oleh configuration instantaneous.Dapat dibuka dengan aplikasi Notepad.

Apa itu BIOS ?

Apa itu BIOS
BIOS atau sistem input-output asas ialah program komputer yang menjalankan operasi input-output semasa proses POST. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS.

Jenis-jenis BIOS
Berikut adalah senarai pengeluar terkemuka dunia yang menghasilkan BIOS:

•Acer Labs

•American Megatrends Inc. (AMI)

•Microid Research (MR BIOS)

•Phoenix Technologies

•LSI Logic

•Winbond

Setiap pengeluar biasanya akan menghasilkan BIOS yang berbeza-beza dari segi Kod Ralat (Error Code), Kod POST (POST Code), dan Kekunci Sampukan (Interrupt keys). Oleh itu cara penggunaan bagi setiap BIOS tersebut juga adalah berbeza.

Cara untuk mengakses BIOS
Program BIOS boleh diakses dengan menggunakan kekunci sampukan (Interrupt keys) iaitu dengan menekan satu atau dua kombinasi kekunci tertentu semasa komputer menjalankan operasi POST.


Oleh kerana setiap pengeluar BIOS menghasilkan BIOS yang berbeza-beza, maka kekunci sampukan bagi setiap BIOS juga berlainan. Table berikut menunjukkan kekunci sampukan (interrupt keys) bagi setiap pengeluar BIOS:

Pengeluar BIOS
Kekunci

BIOS AMI
Del

BIOS Award
Del atau Ctrl+Alt+Esc

Compaq
F10

IBM Aptivas dan Thinkpads
F1

Microid Research (MR BIOS)
Esc

BIOS Phoenix
F2

Komputer Riba Toshiba
Esc, kemudian F1



Anda juga boleh mengetahui kekunci sampukan bagi sistem anda dengan melihat teks kecil yang tertera di bahagian bawah skrin POST anda.

"Press __ to Enter Setup."

Setelah anda memasuki BIOS, anda bolehlah melakukan perubahan konfigurasi pada sistem anda, seperti memilih pemacu yang mana satu untuk dimulakan (boot) terlebih dahulu, mengesan cakera keras serta menentukan kelajuan bas. Sebab itu program BIOS amat popular di kalangan para overclockers yang menginginkan sistem komputer berprestasi tinggi tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Virus Komputer yang berasal dari Malaysia

Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi antara negara yang mempunyai penulis virus. Walaupun tidak diketahui secara tepat siapakah penulis virus-virus ini, namun ia dikenali menerusi signature nya seperti KV yang bermaksud Klang Valley dan KL yang bermaksud Kuala Lumpur.

Antara virus-virus ini ialah :

1. Antigus

2. Black Monday : Virus Black Monday adalah antara virus yang paling popular daripada Malaysia.

3. Pendang
Pendang mula ditemui pada tahun 2001, walaupun para pengkaji virus yakin virus ini telah lama berada di dalam dunia komputer. Ia kadang-kala di panggil HLLC.Birthday.10736 bagi sesetengah anti-virus Berikut adalah spesifikasi virus Pendang daripada Pc-Cillin (salah sebuah pengeluar anti-virus ternama).

Virus Name: PENDANG
Language: English
Virus Type: Dos Executable
Platform: DOS /WINDOWS 9X/NT/ 2000
Number of Macros: None
Encrypted: Non encrypted and non compressed.
Size of Virus: 10,736 bytes

Adalah dipercayai bahawa Virus Pendang mengambil nama sempena nama sebuah daerah Pendang, di Kedah. Malaysia.

4.World Peace : Walaupun virus ini tidak mempunyai signature yang mengatakan ia berasal dari Malaysia. Namun ia dianggap berasal dari Malaysia kerana ia mula ditemui di Malaysia pada Mei, 1992.

5. Bomber

6. Fellowship


p/s: berhati-hati sekiranya anda pernah terserempak dengan virus ni. Siapa kata orang2 Malaysia kurang orang pakar dalam bab2 virus nie. Wahai orang Sabah, apa kata kita pun buat virus ramai2...jan virus H1N1 sudah la...:P

Perbezaan Adware dan Spyware

Adware
Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk pop-up yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

Microsoft Defender
Lavasoft Ad-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

Firewall Barracuda

Kelebihan dan Kelemahan Windows 7 (versi beta)

Windows telah mengeluarkan salah satu produk yang ditafsirkan jauh lebih handal dan inovatif berbanding windows sebelumnya.. Selepas beberapa kontroversi dan kritikan yang diberikan oleh oleh pengguna mengenai prestasi Windows Vista daripada gergasi perisian, Microsoft, mereka telah beralih kepada perisian seterusnya iaitu WINDOWS 7.

Sebelum kita berdepan dengan perubahan daripada Windows XP / Vista / dll ke Windows 7, adalah lebih baik kita selidik dulu kelebihan dan kelemahan Windows 7 ini. Walaupun penggunaan Windows 7 ini baru peringkat percubaan (versi beta).
Kelebihan dari windows 7 (versi beta) antara lain :
1. proses boot/shut down lebih cepat
2. Mengoptimiskan 'prefetching' untuk HD atau SSD
3. 3D yang menonjol.
4. Sistem 'security'yang diperketatkan.
5. Sistem file yang lebih detail dan teratur.
6. Tidak perlu install driver,jika hardware tersebut sudah dikenali oleh windows,@ bebas install driver dll.
7. Telah upgrade ke Direct X 11

Kelemahan / Kekurangan :
1. Terdapat beberapa aplikasi yang belum dapat beroperasi di Windows 7.
2. Bug pada Windows Player 12
3. Terdapat sesetengah hardware yang boleh insatll di Windows Vista tetapi tidak di Windows 7

p/s: nampak macam menarik untuk kita sama2 belajar mengenai Windows 7 ni. Sama2 lah kita tunggu kemunculan version Windows 7 ni. Tidak tau bila dilancar sepenuhnya di M'sia.

Tunggu....!!!!

Jawatan Kosong Di Sabah

Terdapat jawatan kosong di Sabah. Siapa yang berminat boleh lah klik >>> www.jawatan.sabah.gov.my

Jawatan untuk : a) Penolong Pegawai Pertanian : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009
b) Juruteknik : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009

p/s: permohonan boleh dibuat secara online sahaja. No more isi pakai borang lagi.
Cepat sebelum tarikh tutup.Mana tau ada nasib!

Tips memastikan RAM betul2 rosak sebelum diganti

Sebelum kamu semua mo tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer kamu rosak, kamu boleh try test cuba dulu tips nie.. ..
Caranya :- (kacang bah nie)

1. Kenalpasti masalah RAM
Kalau RAM ada masalah, akan keluar bunyi 'beep' daripada motherboard[papan induk] komputer kita.Bunyi 'beep' terhasil apabila BIOS [Basic Input Output System] dapat kesan masalah pada RAM, samada RAM rosak atau RAM nda letak betul2 dalam slot.…Jadi periksa RAM masing2 yeah!

2. Cabut RAM anda
Cabut RAM tu daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang biasa kita pakai time sikul2 dulu] , kasi gosok jejalur emas yang ada di RAM tu, lepas tu lap dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM
Sebelum pasang RAM tu balik pada motherboard, sapu dulu slot RAM tu menggunakan berus cat [berus cat yang nda mudah tertanggal bulu2]..tujuan proses ini untuk membuang habuk-habuk yang ada di slot tersebut..

4. Pasang semula RAM anda
Akhir sekali, bulihlah pasang semula RAM tu. Kalau masih lagi ada masalah atau still bunyi 'beep'..confirm la RAM tu betul2 rosak.Kasi sedialah dompet tebal2..

*** boleh juga guna tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card

Selamat Mencuba...!!!!

Masalah disebabkan virus

Halu Tambalut...

Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda. Sama2 la kita memantapkan ilmu di dada. Tahukah anda serangan virus ini menimbulkan pelbagai masalah kepada komputer kita. Pernah dengar "trojan" "worm" "jamban"...bla bla bla bla.macam2 jenis virus ada sekarang ini. Tidak percaya? Cuba try test scan komputer anda...'nah ambik kau' >> komputer anda menternak virus rupanya. Virus juga mengubah/menghilangkan fungsi2 komputer. Sama-sama la kita cari penyelesaiannya.

Task Manager Disabled
Untuk menggunakan Task Manager tekan Ctrl+Alt+Del pada keyboard.Task Manager digunakan untuk melihat dan mematikan services , program yang sedang running , akaun user yang aktif , status memory sedang digunakan dan status networking.Kebiasannya bila ingin mengkatifkan Task Manager akan keluar satu mesej ” Task Manager has been disabled by your administrator“.Salah satu punca Task Manager Disabled disebabkan oleh virus , spywares dan trojans.Screenshot Task Manager Disabled.Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan Task Manager.

Cara Pertama - Group Policiy
1. Click Start
2. Click Run
3. Taip gpedit.msc dan click OK
4. Dalam Group Policy Setting
5. Pilih User Configuration
6. Pilih Administrative Templates
7. Pilih System > Klik pada Ctrl+Alt+Delete options > Double klik the Remove Task Manager option dan ubah nilai Value 1 kepada o > Double klik pada Prevent access to Command Prompt,kemudian set kepada disable,apply > kemudian set semula kepada not configured.Nilai 0 mengambarkan tidak aktif , nilai 1 mengambarkan aktif.

Cara Kedua – System Registry.


Klik Run dan taip perkataan REG add
HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f dan klik pada ok

atau pun secara manual:

Klik Run
Taip regedit dan klik ok
Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.


Cara lain - Software

Terdapat banyak software percuma yang dapat repair system registry yang rosak.Salah satu Task Manager Fix.Downlod TaskManagerFix percuma.Sebelum melakukan proses ini digalakkan update AntiVirus terlebih dahulu dan scan.


System Registry Windows
System Registry adalah satu susunan database yang digunakan untuk menyimpan maklumat yang telah di configuration.Dalam System Registry terdapat maklumat mengenai program yang telah di install , hardware , setting interface windows dan port-port yang digunakan.System Registry hanya terdapat pada Windows Version 95 ke atas sahaja.System Registry berlainan mengikut version Windows tersebut.System Registry dapat diubah oleh pengguna namun tidak digalakkan sekiranya kurang mahir.

System Registry disusun dengan teratur mengikut kategori-kategori tertentu.Susunannya boleh dianggap seperti yang kita lihat pada Windows Explorer.Kebiasaanya disusun seperti berikut :

+HKEY_CLASES_ROOT
+HKEY_CURRENT_USER
+HKEY_LOCAL_MACHINE
+HKEY_USER
+HKEY_CURRENT_CONFIG


System Registry juga selalu di serang virus dengan mengubah dan menambah nilai-nilai value pada System Registery.Antaranya adalah menghilangkan menu search , hilangkan folder option , disable command prompt dan disable registry.Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah/buang pada System Registry.

Menu Seacrh Hilang
Cara untuk mengembalikkan menu search taip REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /t REG_DWORD /d 0 /f pada run dan klik ok.Selepas itu restart komputer.

Folder Option Hilang
Cara untuk mengembalikannya dengan mengubah Value 1 kepada 0 pada HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Currentversion\Policies\Explorer .Untuk lebih mudah anda boleh menggunakan menu search pada System Registry.

Command Prompt Disabled
Hanya perlu taip REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f pada menu run dan klik ok seterusnya restart komputer.

Registry Disabled
Taip perkataan REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /f pada run klik ok dan restart komputer.
Hai kawan2..

Disini sia ingin berkongsi sedikit pasal nombor pendaftaran kenderaan kita. Biasanya nombor kenderaan ini wujud mengikut negeri.Cth pangkal bagi nombor pendaftaran kenderaan di negeri Sabah adalah 'S'..sarawak bermula dengan huruf 'Q"..dsbg. Itu kita tahu dan 'familiar' dengan identiti pangkal huruf nombor pendaftaran kenderaan.

Pernahkan kita nampak flat kenderaan yang lain daripada lain? Mari kita tengok siapa yag kena!

1. KRISS xxxx
2. LOTUS xxxx
3. NAZA xxxx
4. PERSONA xxxx
5. PERODUA xxxx
6. PUTRA xxxx
7. PROTON xxxx
8. PUTRAJAYA xxxx
9. SATRIA xxxx
10. SUKOM xxxx
11. TIARA xxxx
12. WAJA xxxx
13. XIIINAM xxxx
14. XIASEAN xxxx
15. XOIC xxxx
16. XXXIDB xxxx
17. BAMBEE xxxx
18. BRUNEI
19. CHANCELLOR xxxx
20. COMEL xxxx
21. EKUINE xxxx
22. FP xxxx
23. GP xxxx
24. HELANG xxxx
25. JAGUH xxxx
26. JALURGEMILANG xxxx
(xxxx - nombor kenderaan)

Antara yang dapat sia dapat kongsi bersama. Hairan bin ajaib! Macamna mo dapat no. flat kenderaan yang istimewa nie. Mungkinkah ada 'luck' setiap kenderaan ni? Saya pun tidak tahu. Masih tertanya2 jawapannya. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa bolehlah kongsi di sini. Jan kudukut ba..

p/s: Ini hanyalah sekadar informasi. Kalau salah tolong betulkan.
halu Tompinai..nunu tabar dikoyu? (T_T fail dusun ba nie)

Its a long time no see yeah! Sia baru balik dari kursus d Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Best!!!! Rasa nda mo balik ofis la ba..Makan jangan cakap, kali2 makan mesti abis 5 piring..hehehe. Pada sesiapa yang mo bercuti sia suggest p Puteri Resort Ayer Keroh. Rate resort tu pun not bad. Tidak juga mahal betul. Yang sedang2 saja bah. 1 nite RM172.50 for deluxe room + b/fast for 2 person. Promotion untill end of dis year. So apa tunggu lagi. Marilah bercuti. Cuti2 malaysia...
Salom monday morning. Bermula hari bekerja untuk kita. Mesti malas bah kan mo kerja..sama juga macam saya..khikhikhi. Tapi apa boleh buat, taik kambing bulat2. Kerja makan gaji kenalah buat juga. 1 ari nanti kita plak yang jadi bos. SIAPA TAU KAN? Banyak yang kita mo kongsi di sini.Sepanjang 1 minggu yang minggu lepas, macam2 jadi. Yang paling gempak PEMBENTANGAN BAJET 2010. Kenakah tembakan kita pasal bajet tu semua.Kita gembira? Sedih? Migagaul? Siapa Kita untuk tidak menidakkannya.

Hari ini kena buat macam2. I dun hav any assist. here.Hari ni kena check system,connection,server,dll. Got trouble wif dat. Alangkah bestnya dapat tido lagi d rumah...fuhhhhhyoooo!!! mengantuknya!

okey la...got to go. Nanti saya post lagi ilmu2 apa2 ja yang boleh kita kongsi bersama.Salam mesra and selamat bekerja.

T_T tiuli oku kampung

Tips melajukan komputer anda

Apa kau rasa kalau komputer lambat? Berjam-jam tunggu baru siap 1 page.adussss...sempat lagi makan sambil minum2.Tips saya bagi...buat betul2 tau. Buka tingkap rumah anda..campak keluar PC tu. Settle! (exsen ja tu..gurau2 buang stress)Banyak sebenarnya sebab kenapa PC kita perform lambat+lembab. Macam2 kita buat. Tambah itu ini la..install itu ini la..Semua tu penyumbang kepada kelambatan PC kita. Jangan cakap la kalau prosessor kita celeron memang la berkurun lama baru keja siap. Tapi sekarang nie macam2 kita boleh buat. Tengok sekarang PC Celeron pun perform laju sudah. Tu semua kena tengok internal hardware yang support Celeron tu. Okeylah kawan2..mari kita berkongsi tip2 berguna untuk PC kita.

(1) Untuk mempercepatkan proses shutdown
Kadang2 Window XP nie lambat mau shutdown,kenapa? sebenarnya lagu shutdown tu yang membuat dia lambat nak mati,so kita kena disablekan sound scheme kat shutdown tu,caranya:Klik dekat Start > control panel > sound > speech audio&device > change The Sound Scheme > sekarang tengok di kotak program events tu cari "Exit Window" > ganti
sound daripada "xp shutdown sound" kepada "none"> apply dan ok.Finish!!!

(2) Mematikan amaran "error reporting"

Pernah berlaku macam ni kepada anda?Bila kita tengah copy,atau buka program,atau tutup sesuatu program,tapi program tu lambat nak mati,jadi kita paksa2 dia untuk exitkan dia,nanti keluar, "This Program Not Responding" lepas tu pilih End Now ata cancel,bila kita end now ,dia akan kuar error report,lepas tu dia suruh contact microsoft dan suruh send atau not send,kalau connect internet boleh la send, ini tiada connection,kasi semak tengok tu jak....so kita disablekan dia dengan cara: > Klik kanan dekat icon my computer > klik properties > klik tab advance > klik error reporting kat belah bawah tu > kita disablekan error reporting.
Siap!!

(3) Untuk Menambah kelajuan perfomance(perlaksanaan) window XP
Di dalam salah satu folder di system window (drive :C) tu akan mengandungi beberapa dan sering menyimpan beberapa file yang tidak diperlukan dan boleh dibuang.Jeng jeng jeng!! Apakah folder tu? Nama folder tu "Prefetch". Dalam folder tu akan terdapat banyak sekali file2 yang tak berguna(junk) jadi kita buang file itu semua,tetapi INGAT! jangan buang folder dia sudah. Caranya:>Pergi Ke Drive C > Klik window > klik perfecth> u seeeee..sangat banyak oo file dalam situ...apa lagi deleta lah. Takut? Don't worry la,be happy jak.Tiada hal punya. Di nasihatkan buaang file2 tu setiap minggu..pasal tiap2 hari dia keluar hasil dari setiap program yang kita buka.

(4) Cara Kedua Meningkatkan Perfomance window XP
Tweak.Biasa kita dengar nama tu,tweak tu kalau dalam bahasa melayu dia "memulas"maknanya kita pulas window kita untuk adjust tulisan,penggunaan mouse,scroll dan macam2 lagi la,walaupun kita dah puas pulas2 tapi tiada kesan jugak dan performance window kita masih lambat lagi..jadi kita tingkatkan lagi performance window kita dengan: kita pergi kat > Icon my computer > klik kanan properties > advanced> performance setting(performance option) > visual effect > custom. Dekat custom tu kita disable semua ni:
Fade or slide menus into view
Fade or slide ToolTips into view
Fade out menu items after clicking
Show Shadows under menus
Slide open combo boxes
Slide taskbar buttons
Use a background image for each folder type
Use common tasks in folders

Siap .Cuba tengok performance window kita,agak laju sikit kan,tapi ada di antara effect di situ kalau kita disable akan memberi kesan pada setiap window drive/folder yang kita buka akan hilang menu di belah kiri tu iaitu kalau disable use common tasks in folder..akan jadi cam window biasa jak.tapi ok jugak sebab tiada masalah,Cuma kureng sikit la.Okey.


(4) Mengurangkan 10 saat waktu menunggu ketika scandisk berlaku
Caranya: klik run > taip cmd dan ok > akan kuar satu paparan command promp cmd.exe> taip CHKNTFS /T:4 . Simbol 4 tu bermaksud lama kita menunggu,maknanya kita menunggu 4 second. Kalau tak jadi cuba sampai jadi. Kalau ko punya file system masih FAT,mungkin tak jadi kot.. Jangan bermimpi di siang hari.

(5) Mempercepatkan lagi loading internet explorer
Kadang2 bila kita klik icon IE mesti lambat loading, ini disebabkan ie akan terus load web page microsoft.com(home) , bila load webpage, alkisahnya akan lambat keluar page tersebut. Tidak mau lambat2, so kita set about blank untuk IE. Caranya: > Klik Control Panel > Klik Internet Options > General > Homepage >Klik Use Blank > apply & ok. Settle! Cara senang pun ada juga. Caranya : Buka IE > klik Tools> Internet Options > General > Homepages > klik use blank > okey.

(6) Menambah kecepatan untuk pergerakan di start menu
Dekat start menu tu bila kita klik akan keluar isi kandungan start menu tu dengan keadaan yang lambat dan terlalu lambat bila dah penuh sangat program di sana. Kadang2 nda penuh pun dia lembab .Ada cara bagi dia cepat sikit sampaikan anda nda payah klik pun dia terkeluar sendiri...Caranya: >klik Run > Taip regedit HKEY_CURRENT_USER Control Panel Desktop MenuShowDelay >klik ok> keluar value untuk menu show delay (kalau default dia 200 jadi kita tukarkan dia kepada bilangan yang paling kecil lagi iaitu 0) > klik ok > reboot. Dah settle. Kalau nda juga laju..beli computer baru confirm laju. (Odoi dogo)

(7) Cara Mudah Untuk Mengubah Kebesaran cache (adjust large cache)
Caranya: >klik run > taip regedit HKEY Local MachineSystemCurrent control setcontrol session managermemory management > tukar kepada 0 atau pun 1 pada value.


Selamat mencuba. Nanti saya share lagi tentang tip2 komputer nie..stau tune
Babai...

T_T..tiuli oku kampung!

100 keyboard shortcuts

Marilah sama2 kita try test cuba keyboard shortcuts ini. Lebih dari 100 shortcuts yang kita boleh dapat. Persoalan di sini, dapatkah kita ingat semua? odoi dogo...mamatai gia..osian(bahasa dusun?) Buka mata tanya kangkab...

Lagi dan lagi keyboard shortcuts akan saya kongsi bersama anda semua...
tungguuuuuu kio

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)



SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text) SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)


Dialog Box Keyboard Shortcuts

CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
TAB (Move forward through the options)
SHIFT+TAB (Move backward through the options)
ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
ENTER (Perform the command for the active option or button)
SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

m*cro$oft Natural Keyboard Shortcuts Windows Logo (Display or hide the Start menu)

Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Windows Logo+D (Display the desktop)
Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
Windows Logo+E (Open My Computer)
Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
Windows Logo+U (Open Utility Manager)


Accessibility Keyboard Shortcuts


Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off) S
SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Windows Logo +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts

END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)


Shortcut Keys for Character Map After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:

RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

m*cro$oft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
ALT+F4 (Close the console)
ALT+A (Display the Action menu)
ALT+V (Display the View menu)
ALT+F (Display the File menu)
ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts

CTRL+P (Print the current page or active pane)
ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation

CTRL+ALT+END (Open the m*cro$oft Windows NT Security dialog box)
ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
ALT+HOME (Display the Start menu)
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen) ALT+DELETE (Display the Windows menu)
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing
ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

m*cro$oft Internet Explorer Navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building