Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU) dalam bidang seperti berikut:

1. Pensyarah DS45/DS51

- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Sains Komputer
- Bahasa Inggeris
- Matematik


Cara permohonan:

Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta curriculum vitae (c.v) dan bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kuasa-kuasa tempatan hendaklah memajukan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) dan Penyata Perkhidmatan yang lengkap. Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil Akademik yang berkenaan
  • Sijil-sijil lain yang berkaitan


hendaklah dihantar kepada :-


Pendaftar
Universiti Malaysia Sarawak
94300 KOTA SAMARAHAN
(u/p : Unit Perjawatan)
Tel : 082-581000 Fax : 082-581095

Atau Emel:
jobs_unimas@hrm.unimas.my

Tarikh tutup permohonan : 07 April 2011

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building