Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun berdasarkan keperluan)

1. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)

2. OPERATOR FILM SCANNER

3. ANIMATOR

4. PENGGRED WARNA (COLOUR GRADER)

5. EKSEKUTIF PEMASARAN


KLIK DI SINI UNTUK SYARAT KELAYAKAN DAN MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN.


CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman webhttp://www.finas.gov.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 7 Januari 2011

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building