Format Resume

Bagaimana sebenarnya menulis 'resume' ? Apa font yang sepatutnya digunakan? Perlukah dikepilkan sekali dengan gambar? Berikut tip-tip yang sempat saya kongsikan bersama.

1. Pastikan panjang resume anda tidak melebihi 3 muka surat
tips: jangan terlalu panjang melalut-lalut TETAPI jangan pula terlalu ringkas.

Jika anda lihat pasaran luar negara, kebiasaan format resume yang standard adalah terhad kepada satu mukasurat sahaja. Tetapi di Malaysia, panjang yang disyorkan adalah di antara dua hingga lima muka surat (bergantung kepada pengalaman).

tiada pengalaman profesional1 - 2 mukasurat
kurang dari 3 tahun pengalaman profesional2 - 3 mukasurat
lebih dari 3 tahun pengalaman profesional3 - 5 mukasurat

Bila resume terlalu panjang, majikan pun rasa berat nak baca . Ada banyak lagi resume untuk mereka nilai. Hasilnya, resume anda akan dibaca secara kasar dan lompat - lompat. Resume anda juga tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Rugi bukan?


2. Jangan mengabaikan maklumat yang penting kerana nak ringkaskan resume.

Sekiranya resume anda terlalu penuh, anda perlu melakukan sedikit editing dan fokus kepada maklumat yang paling relevan dengan bidang anda. Jangan pula mengecilkan saiz font,membesarkan margin atau membuang spacing semata - mata nak muatkan dalam tiga muka surat.

Resume yang nampak semak boleh menjejaskan bacaan dan minat bakal majikan.


3.Staple dan nomborkan setiap muka surat

Pastikan kertas resume di'staple' dan setiap muka surat dinomborkan bagi memudahkan bacaan. Tidaklah resume kita bercampur aduk.


4.Sebaiknya kepilkan gambar hanya jika anda diminta berbuat demikian.

Gambar berukuran pasport disyorkan. Jangan meletakkan gambar yang nampak tidak profesional di mata bakal majikan.


5. Gunakan satu bahasa.

Bahasa rasmi yang diterima pakai di kebanyakan sektor swasta Malaysia adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya anda memohon untuk kerja kerajaan, sila gunakan resume Bahasa Melayu.

6. Gunakan format MS Word atau PDF.

Dua aplikasi ini adalah yang paling biasa digunakan. Mudah dan senang digunakan.


7. Gunakan format font jenis 'Arial' (my recommendation )

Kajian telah membuktikan bahawa font jenis 'Arial' lebih nampak lebih profesional dan mudah dibaca. Pilihan kedua adalah 'Times New Roman'.


8. Pilih saiz font yang sesuai.

Jangan gunakan saiz yang lebih kecil dari 10 points untuk body resume. Terbaik adalah saiz 11. Maksima 12 poin. Header boleh menggunakan font yang lebih besar: satu atau dua poin lebih besar dari body resume.


9. Jangan gunakan pelbagai format font dalam satu resume.

Pilih satu jenis font sahaja dan kekalkan untuk keseluruhan resume.


10. Highlight menggunakan format Boldface.

Menggunakan format 'bold' boleh menolong untuk menekankan elemen penting dalam resume dan menarik perhatian pembaca kepada perkara tersebut.


11. Gunakan Caps Lock dan format Underline untuk tajuk - tajuk sahaja.

Jangan gunakan 'underline' untuk perkataan atau frasa dalam bodyresume. Elakkan sama sekali penggunaan 'Caps Lock' untuk body resume.


12. Elakkan penggunaan format Italic.

'Italic' biasanya digunakan dalam cetakan untuk menekankan perkataan atau frasa. Ia kurang sesuai digunakan untuk dokumen - dokumen profesional. Tetapi, sekiranya keseluruhan resume anda dalam bahasa Melayu, anda boleh menggunakan 'italic' untuk perkataan bahasa Inggeris, dan sebaliknya.


13. Gunakan margin.

Tinggalkan sekurang - kurangnya margin satu inci di muka atas, bawah dan untuk dua tepi. Margin yang sebegini memberikan rupa yang kemas kepada format resume anda.

Jangan gunakan border yang kurang dari setengah inci.


14. Gunakan format single-spacing untuk body, dan format double-spacing untuk perenggan dan tajuk.


15. Gunakan format bullets untuk highlight pencapaian.

Isi penting kerap tenggelam dalam format perenggan. Penggunaan 'bullets' menolong menyusun maklumat yang berkaitan dan menekankan kepentingannya. Jangan melebihi dari sepuluh 'bullets' untuk satu perenggan.


16. Hadkan panjang perenggan kepada tidak lebih dari 5 atau 6 baris.


17. Gunakan layout resume (style/design) yang nampak profesional.

Ada dua sebab. Pertama, format resume anda akan nampak berbeza dari yang lain. Jadi, menarik perhatian pembaca dengan sekali pandang.

Kedua, orang dah tak minat tengok resume ala biodata budak sekolah rendah.


18. Keep it simple .

Jangan cuba menggabungkan tiga atau empat format stail yang berbeza untuk satu resume. Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan format resume.


19. Jangan gunakan font berwarna - warni (lebih dari satu warna).



20. Semak semula.

Baca resume anda seberapa banyak kali yang boleh. Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membaca dan menilai resume anda. Pastikan segala panduan resume telah anda patuhi termasuk penggunaan ejaan yang betul.


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building