Tirai tahun 2009 bakal berlabuh. Tahun 2010 menggantikan tahun 2009 yang penuh dengan suka duka dan kekejaman manusia. Semoga tahun 2010 bakal memberi sinar harapan kepada kita semua.

Selamat Tahun Baru
2010

AWAS!!.....BAHAYA Botol Air Mineral

Salam sejahtera tompinai om tambalut...

Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin kita semua tahu tapi buat2 nda tahu.

Di zaman moden seperti sekarang segalanya semakin maju. Namun jika dilihat efek negatifnya juga semakin banyak. Pernahkah kita terfikir tentang pelbagai penyakit yang ada sekarang merupakan akibat dari lingkungan persekitaran kita yang kotor? Sampah sarap dibuang merata-rata tempat. Sampah yang selalu kita lihat adalah plastik. Lebih parah lagi, plastik ini memerlukan masa bertahun-tahun untuk lebur di dalam tanah.

Mengikut maklumat yang terkini bahawa botol air mineral yang sering kita minum itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit tanpa kita sedari. Salah satu darinya adalah KANSER PAYUDARA!

Sebahagian daripada kita mempunyai kebiasaan menggunakan botol mineral itu berulang-ulang kali samada meletakkan di dalam kereta ataupun di pejabat. Tanpa kita sedari air tersebut sudah berhari-hari dalam kereta kita dan terdedah dengan suhu panas. Kebiasaan itulah yang menyebabkan kita kurang perihatin dengan kesihatan diri.

Botol air mineral diperbuat daripada bahan Polyethylene Terephthalate or PET dan mengandungi zat-zat karsinogen. Cuba anda lihat di bahagian bawah botol mineral tersebut. Kita akan dapat melihat sebarang kode atau simbol PET di bawahnya dan kelihatan juga nombor 1 ataupun 2.

Maksudnya di sini botol mineral itu hanya boleh digunakan untuk 1-2 kali saja. Jika anda ingin memakainya lebih lama, sebaik-baiknya tidak boleh lebih dari seminggu dan dijauhkan dari bahang kepanasan seperti matahari. Elakkan juga mencuci botol mineral itu berulang-ulang kali, ianya akan membuat lapisan plastik rosak dan zat karsinogen bercampur dengan air yang diisi di dalamnya.

Nasihat : Lebih baik membeli botol air yang memang untuk dipakai berulang-ulang, jangan memakai botol plastik.


Sekian untuk renungan bersama.

p/s: tirai tahun bakal berlabuh. akan muncul tahun baru yang bakal menyinar....:)
 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building