Showing posts with label Sumbang Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sumbang Sembang. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2011


SELAMAT TAHUN BARU 2011.SEMOGA TAHUN BARU MEMBERI SINAR BAHAGIA KEPADA KITA SEMUA..AMIN
:))

Akhirnya berjaya juga..

Halu semua..... Alhamdullliah, setelah berhempas-pulas menyiapkan design blog ini akhirnya siap juga. Rasa puas hati la juga, walaupun blog ni simple jak kan. Tu semua bukanlah pengukur kepada sesuatu perkara. Yang penting pengisian [content] di dalamnya :P


Sharing is caring :)


p/s: kalau inginkan kejayaan cari identiti diri sendiri, tidak perlulah mengikut orang lain.

PayBox

Pernah dengar ini >>PayBox

Satu program yang menjana pendapatan sendiri. Tidak memerlukan kita mengeluarkan duit poket sendiri. IT'S FREE!! so apa lagi...join now!!

Selamat mencuba!!

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsa

Untuk renungan buat suami..pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsa.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Jom Buat Duit

Di sini saya ingin berkongsi tentang pendapatan pasif. Dengan hanya menulis blog atau website kita semua mampu membuat 'income' pada blog itu sendiri. Lagi banyak 'visitor' ke blog anda lagi top rank la anda punya blog tu...

Saya baru mengaktifkan diri untuk menjana 'income' melalui nuffnang...Senang + mudah + fulus..hihi


Anda bila lagi.??.mulakan gerakan sekarang..mari buat pendapatan pasif melalui blog sahaja..sharing is caring [hihi]

Salam Tompinai

Apa khabar anda semua? Agak lama tidak UPDATE blog kesayanganku ini. Mungkin juga terlalu sibuk dengan tugasan yang perlu dilaksanakan di samping rutin harian sebagai seorang isteri.

Semakin hari tugasan semakin banyak. Dalam pada masa itu pelbagai tekanan @ stress yang saya dapat. Bagaimana kita mengawal stress?? Persoalan ini pernah saya tanyakan kepada kawan2 dalam laman sosial facebook.Kebanyakan mereka mengatakan hidup perlu happy, kawal pemakanan,kawal pemikiran dan paling utama amalkan berjogging pabila stress.Petua anda bagaimana pula?? Any idea??

Tirai tahun 2009 bakal berlabuh. Tahun 2010 menggantikan tahun 2009 yang penuh dengan suka duka dan kekejaman manusia. Semoga tahun 2010 bakal memberi sinar harapan kepada kita semua.

Selamat Tahun Baru
2010

halu Tompinai..nunu tabar dikoyu? (T_T fail dusun ba nie)

Its a long time no see yeah! Sia baru balik dari kursus d Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Best!!!! Rasa nda mo balik ofis la ba..Makan jangan cakap, kali2 makan mesti abis 5 piring..hehehe. Pada sesiapa yang mo bercuti sia suggest p Puteri Resort Ayer Keroh. Rate resort tu pun not bad. Tidak juga mahal betul. Yang sedang2 saja bah. 1 nite RM172.50 for deluxe room + b/fast for 2 person. Promotion untill end of dis year. So apa tunggu lagi. Marilah bercuti. Cuti2 malaysia...
Salom monday morning. Bermula hari bekerja untuk kita. Mesti malas bah kan mo kerja..sama juga macam saya..khikhikhi. Tapi apa boleh buat, taik kambing bulat2. Kerja makan gaji kenalah buat juga. 1 ari nanti kita plak yang jadi bos. SIAPA TAU KAN? Banyak yang kita mo kongsi di sini.Sepanjang 1 minggu yang minggu lepas, macam2 jadi. Yang paling gempak PEMBENTANGAN BAJET 2010. Kenakah tembakan kita pasal bajet tu semua.Kita gembira? Sedih? Migagaul? Siapa Kita untuk tidak menidakkannya.

Hari ini kena buat macam2. I dun hav any assist. here.Hari ni kena check system,connection,server,dll. Got trouble wif dat. Alangkah bestnya dapat tido lagi d rumah...fuhhhhhyoooo!!! mengantuknya!

okey la...got to go. Nanti saya post lagi ilmu2 apa2 ja yang boleh kita kongsi bersama.Salam mesra and selamat bekerja.

T_T tiuli oku kampung
 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building