Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia (keutamaan kepada warga Selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang.

1. PEMBANTU TADBIR N17 (5 KEKOSONGAN)
2. JURUTEKNIK (BANGUNAN) J17 (3 KEKOSONGAN)
3. PEMBANTU JURUAUDIT W17 (1 KEKOSONGAN

Muaturun iklan lengkap di sini.

Muaturun borang permohonan di sini.

Tarikh tutup permohonan: 06 Disember 2010



Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR - N41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN - U29
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM - U17
4. PENGHANTAR NOTIS - N3



Tarikh tutup permohonan: 6 Disember 2010

Jawatan Kosong Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)

GWGF adalah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan khas untuk anak-anak peneroka generasi baru FELDA dengan tujuan dan matlamat untuk menyatukan kegiatan anak-anak peneroka di bawah satu bumbung disamping untuk memaju dan meningkatkan kualiti hidup anak-anak peneroka generasi baru di dalam atau di luar tanah rancangan FELDA diseluruh Malaysia.

Kepada yang berpengalaman dan berminat adalah dijemput untuk mengisi jawatan-jawatan kosong berikut. Calon-calon yang baru menamatkan pengajian adalah digalakan memohon.KEUTAMAAN ADALAH DIBERIKAN KEPADA GENERASI BARU FELDA.

Jawatan kosong yang ditawarkan di Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) :

1. PENGURUS PROJEK
2. JURUTERA AWAM
3. JURUTERA MEKANIKAL
4. PENYELIA TAPAK
5. JURUTERA ELEKTRIKAL
6. JURUKUR BAHAN
7. PERANCANG
8. KERANI
9. SETIAUSAHA
10. PEMBANTU PEJABAT
11. PENGURUS BESAR KEAHLIAN
12. PENGURUS PERHUBUNGAN NEGERI
13. PENGURUS BIRO ADUAN
14. EKSEKUTIF KEWANGAN
15. PENGURUS SUMBER MANUSIA
16. PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM
17. EKSEKUTIF AM

Kepada calon-calon yang berminat, sila hantar butir peribadi berserta sijil dan pengalaman kerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon dan gambar terkini selewatnya pada 26 November 2010 kepada:

Gabungan Wawasan Generasi FELDA,
Tingkat 9 Wisma Sunwaymas,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C,
Seksyen 9, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-55180995

Fax: 03-55180996

E-mail: admin@gwgf.org.my

Hanya calon-calon yang disenarai-tapis akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan : 26 November 2010

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
4. PENGHANTAR NOTIS N3

SILA LIHAT IKLAN LENGKAP BERIKUT.

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Disember 2010

C. CARA MEMOHON

i. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.

ii. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan kelayakan oleh JPA di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my.

iii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
E. CATATAN:

i. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

iii. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

iv. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.



Jawatan Kosong SIRIM Berhad

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (Bukit Jalil 1 kekosongan) Kod: WIMAX 14

Kelayakan:
-Lulus SPM dengan minimum 5 kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
-Minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang perkeranian/pentadbiran. Pengalaman dalam bidang perkhidmatan kaunter/pelanggan merupakan satu kelebihan.

Kelayakan tambahan :
-Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
-Mahir dalam Aplikasi Komputer (Microsoft Office)
-Bersedia untuk bekerja lebih masa (jika diperlukan)


2. PEMANDU (Shah Alam - 1 kekosongan) Kod: HRA 12

Kelayakan:
-Minimum PMR/SPM dengan 3 tahun pengalaman kerja sebagai Pemandu
Lelaki
-Mempunyai lesen memandu kelas D
-Bersedia untuk bekerja lebih masa (jika diperlukan) termasuk hari Ahad dan Cuti Umum.
-Mengetahui jalan / laluan sekitar Lembah Klang. Pengetahuan tentang jalan / laluan di Semenanjung Malaysia merupakan satu kelebihan.
-Mempunyai sikap yang positif.

Calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan bertulis dengan keterangan diri yang lengkap, salinan sijil-sijil yang berkaitan, nombor telefon dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum 27 November 2010 kepada :

KETUA
SEKSYEN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
BLOK 8, TINGKAT 2, KOMPLEK SIRIM
1, PERSIARAN DATO MENTERI,
40911 SHAH ALAM, SELANGOR

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi

Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2010



credit: jobless.my

Jawatan Kosong Jabatan Landskap Negeri Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Landskap Negeri Johor dan ditempatkan di Taman Botani, Seri Medan Batu Pahat bagi jawatan sebagaimana berikut :-

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (PENGURUS LADANG) G27



Tarikh tutup permohonan : 28 November 2010

CARA –CARA MEMOHON :
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang SUKJ 01 yang boleh diperolehi daripada
pejabat ini dengan cara datang sendiri ke Jabatan Landskap Negeri Johor, Bangunan
Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor Bahru, Johor.

ii) Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

PEGARAH
JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR, 79503 NUSAJAYA,
JOHOR BAHRU, JOHOR.

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu


1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. JURUTEKNIK GRED J17
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17


Cara Memohon :
a. Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan tersebut diatas boleh didapati dari laman web
rasmi LPB http://www.bpa.gov.my

Tarikh tutup permohonan : 26 November 2010

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tanjung Malim

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA (1 Kekosongan)
2. PELUKIS PELAN (1 Kekosongan)
3. PEMBANTU PENILAIAN (1 Kekosongan)
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (1 Kekosongan)
5. PEMBANTU TADBIR (P/O) (4 Kekosongan)
6. PEMBANTU PENGUATKUASA (6 Kekosongan)


Cara memohon:-
a. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanjung Malim.

Tarikh tutup permohonan : 6 Disember 2010

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

1. PENGHANTAR NOTIS
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
3. JURUTEKNIK (AWAM)


Tarikh tutup permohonan : 26 November 2010

Jawatan Kosong di Institut Kemahiran Mara (IKM) , Kuching

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi peneraju & role model kepada latihan
kemahiran negara terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yang berilmu,
berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelas pertama untuk
menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia. Penduduk tempatan Sarawak
yang memiliki ciri-ciri tersebut serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan
MARA adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (Mekanikal, Petroleum,Elektrik & Elektronik) - J41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - F29
3. JURUTEKNIK KOMPUTER - FT17
4. JURUTEKNIK (BANGUNAN) - J17
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK - R17



Tarikh tutup permohonan : 21 November 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Pinang

Pemohon dipelawa adalah dari warganegara Malaysia yang dilahirkan serta bermastautin di Negeri Pulau Pinang dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

(a) Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN

(b) Kekosongan : Lima (5)

(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam

(d) Taraf Jawatan : KONTRAK

(e) Gred Jawatan : KP 11

(f) Jadual Gaji : P1T1 RM740.62 – P1T21 RM1714.26

P1T1 RM783.09 – P1T18 RM1802.40

P1T1 RM827.19 – P1T18 RM1892.17

Klik di sini untuk lihat iklan lengkap jawatan kosong.

Muaturun borang permohonan jawatan kosong ini.

Tarikh tutup permohonan : sebelum atau pada 30 November 2010 (Selasa) pukul 5.00 petang.

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)

Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan di
atas, permohonan hendaklah melalui pengisian borang secara ‘online’ sahaja
dengan melayari Laman Web MARDI http://www.mardi.gov.my

JAWATAN:
i) Pegawai Penyelidik Gred Q41
ii) Pegawai Tadbir Gred N41
iii) Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
iv) Juruteknik Gred J17
v) Pembantu Penyelidik Gred Q17 (Sabah dan Sarawak sahaja)



Tarikh tutup permohonan : sebelum atau pada 19 November 2010 (Jumaat).

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bharu

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

1. Pembantu Penguatkuasa N17



sumber: www.mbjb.gov.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2010 .


Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan-jawatan berikut:-

1. Pegawai Undang-Undang L41

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination);dan
(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6); dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5);
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9);dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17:P1T1); atau
(ii) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T6); atau
(iii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9); dan
(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer.


6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17:P1T2).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).dan
(c)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


CARA MEMOHON :-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MAIDAM.01-003/422 yang boleh didapati di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan bayaran RM1.00.

2. Pegawai Sedang Berkhidmat : Patuhi Perintah Am Bab “A” 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).

3.Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.

4.Hantar Kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu,
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
20519 Kuala Terengganu.



Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2010


Jawatan Kosong di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

If you are interested in joining us and working at PNMB, check this page regularly where details of job opportunities will be posted from time to time.

1. LEGAL EDITOR
2. MANAGER (CORPORATE FINANCE)
3. MANAGER (CORPORATE PLANNING)
4. MANAGER (MARKETING)
5. MANAGER (PROJECT MANAGEMENT)
6. SENIOR EXECUTIVE (HUMAN RESOURCE)
7. ADMINISTRATION EXECUTIVE
8. INTERNAL AUDIT EXECUTIVE
9. INTERNAL AUDIT EXECUTIVE (IT)
10. MANAGEMENT TRAINEE
11. SALES CONSULTANT
12. SALES TEAM LEADER
13. EXECUTIVE (SALES OPERATION)
14. EXECUTIVE SECRETARY
15. PRODUCTION SUPERVISOR

CLICK HERE FOR JOBS REQUIREMENTS

To apply:
Please download and fill up the APPLICATION FOR EMPLOYMENT FORM and send it to us. Or contact us at:

HRA Department
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Jalan Chan Sow Lin,
50554 Kuala Lumpur.

Telephone: 03-9236 6888
Facsimile: 03-9236 6999

E-mail: hr@printnasional.com.my

Closing Date: 17 November 2010


kredit – jobless.my

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon-calon yang layak untuk mengisi jawatan tersebut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27

Kelayakan:
- Diploma Sains Perpustakaan & Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
- Berkemahiran berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Cara Memohon:
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, serta gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum :

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No.28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024,
50700 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

Tarikh Tutup Permohonan: 25 November 2010


Kredit-jobless.my

Jawatan Kosong di Yayasan Islam Negeri Kedah

Butiran Kekosongan Nama Jawatan :

1. Pembantu Tadbir Kesetiausahaan (N17)

Keterangan Kekosongan : Bertugas sebagai Pembantu Khas kepada Pengurus Besar
Status Jawatan Kosong : Kontrak
Bilangan Kekosongan : 1
Tempat Kerja : Negeri : KEDAH DARUL AMAN
Daerah : ALOR SETAR


Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Normal
Gaji Ditawarkan : RM 1200
Jantina : Perempuan
Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih

Kemudahan : Insurans Perubatan

Permohonan ini mesti dibuat melalui : www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2010

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

BIL
NAMA JAWATAN
GRED
TARAF
KEKOSONGAN
1.
Pegawai Tadbir
N41
Kontrak
1

Keutamaan Kepada Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Muaturun iklan jawatan kosong dan borang permohonan jawatan.

Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2010


Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh

Berikut ialah Jawatan Kosong yang ditawarkan di Majlis Perbandaran Temerloh:

1) Penolong Jurutera (Awam) J29 (1 Kekosongan) -Tetap
2) Tukang K2 Gred R11 (Automotif / Elektrik) (3 Kekosongan) - Tetap
3) Pemandu Kenderaan Gred R3 (1 Kekosongan) - Tetap
4) Pemandu Kenderaan Gred R3 (1 Kekosongan) - Sambilan


Sila klik di sini > iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh

Borang permohonan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh

sumber : www.mpt.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2010

Jawatan Kosong di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) PERAK KAMPUS SERI ISKANDAR

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak, Kampus Seri Iskandar dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan tetap/kontrak di Kampus Seri Iskandar, Kampus Tapah dan Kampus Teluk Intan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1 PELUKIS GRAFIK - Gred B17
2 PEMBANTU MAKMAL - Gred C17
3 JURUTEKNIK KOMPUTER - FT17
4 JURUTEKNIK - J17
i. Awam
ii. Mekanikal
iii. AV
iv. Bengkel Mesin Struktur
5JURUTEKNIK UKUR - Gred J17
6 PENYELIA ASRAMA - Gred N17
7 KERANI - Gred N17
8 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK - Gred R17
9 PEMBANTU PERPUSTAKAAN - Gred S17
10 PEMBANTU BELIA DAN SUKAN - Gred S17
11 PEMBANTU JURUAUDIT - Gred W17
12 PENGAWAL KESELAMATAN - Gred KP11
13 PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR - Gred R3
14 PEMBANTU AM PEJABAT - Gred N1
15 PEKERJA AWAM - Gred R1




Untuk maklumat lanjut : www.perak.uitm.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2010

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia lelaki dan wanita, yang berwibawa dan berminat untuk memohon jawatan seperti berikut:

1. Jawatan : Pengawal Keselamatan - Gred KP11 (Kontrak)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam


kepada yang berminat sila datang ke pusat ujian lasak bagi
Pengawal Keselamatan Gred KP11 (Kontrak) seperti berikut:-

UNIT BERKUDA,
JABATAN KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN,
DBKL, TAMAN TASIK TITIWANGSA,
JALAN TEMERLOH,
53200 KUALA LUMPUR.

PADA : 8.11.2010 (HARI ISNIN)


Format Resume

Bagaimana sebenarnya menulis 'resume' ? Apa font yang sepatutnya digunakan? Perlukah dikepilkan sekali dengan gambar? Berikut tip-tip yang sempat saya kongsikan bersama.

1. Pastikan panjang resume anda tidak melebihi 3 muka surat
tips: jangan terlalu panjang melalut-lalut TETAPI jangan pula terlalu ringkas.

Jika anda lihat pasaran luar negara, kebiasaan format resume yang standard adalah terhad kepada satu mukasurat sahaja. Tetapi di Malaysia, panjang yang disyorkan adalah di antara dua hingga lima muka surat (bergantung kepada pengalaman).

tiada pengalaman profesional1 - 2 mukasurat
kurang dari 3 tahun pengalaman profesional2 - 3 mukasurat
lebih dari 3 tahun pengalaman profesional3 - 5 mukasurat

Bila resume terlalu panjang, majikan pun rasa berat nak baca . Ada banyak lagi resume untuk mereka nilai. Hasilnya, resume anda akan dibaca secara kasar dan lompat - lompat. Resume anda juga tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Rugi bukan?


2. Jangan mengabaikan maklumat yang penting kerana nak ringkaskan resume.

Sekiranya resume anda terlalu penuh, anda perlu melakukan sedikit editing dan fokus kepada maklumat yang paling relevan dengan bidang anda. Jangan pula mengecilkan saiz font,membesarkan margin atau membuang spacing semata - mata nak muatkan dalam tiga muka surat.

Resume yang nampak semak boleh menjejaskan bacaan dan minat bakal majikan.


3.Staple dan nomborkan setiap muka surat

Pastikan kertas resume di'staple' dan setiap muka surat dinomborkan bagi memudahkan bacaan. Tidaklah resume kita bercampur aduk.


4.Sebaiknya kepilkan gambar hanya jika anda diminta berbuat demikian.

Gambar berukuran pasport disyorkan. Jangan meletakkan gambar yang nampak tidak profesional di mata bakal majikan.


5. Gunakan satu bahasa.

Bahasa rasmi yang diterima pakai di kebanyakan sektor swasta Malaysia adalah Bahasa Inggeris. Sekiranya anda memohon untuk kerja kerajaan, sila gunakan resume Bahasa Melayu.

6. Gunakan format MS Word atau PDF.

Dua aplikasi ini adalah yang paling biasa digunakan. Mudah dan senang digunakan.


7. Gunakan format font jenis 'Arial' (my recommendation )

Kajian telah membuktikan bahawa font jenis 'Arial' lebih nampak lebih profesional dan mudah dibaca. Pilihan kedua adalah 'Times New Roman'.


8. Pilih saiz font yang sesuai.

Jangan gunakan saiz yang lebih kecil dari 10 points untuk body resume. Terbaik adalah saiz 11. Maksima 12 poin. Header boleh menggunakan font yang lebih besar: satu atau dua poin lebih besar dari body resume.


9. Jangan gunakan pelbagai format font dalam satu resume.

Pilih satu jenis font sahaja dan kekalkan untuk keseluruhan resume.


10. Highlight menggunakan format Boldface.

Menggunakan format 'bold' boleh menolong untuk menekankan elemen penting dalam resume dan menarik perhatian pembaca kepada perkara tersebut.


11. Gunakan Caps Lock dan format Underline untuk tajuk - tajuk sahaja.

Jangan gunakan 'underline' untuk perkataan atau frasa dalam bodyresume. Elakkan sama sekali penggunaan 'Caps Lock' untuk body resume.


12. Elakkan penggunaan format Italic.

'Italic' biasanya digunakan dalam cetakan untuk menekankan perkataan atau frasa. Ia kurang sesuai digunakan untuk dokumen - dokumen profesional. Tetapi, sekiranya keseluruhan resume anda dalam bahasa Melayu, anda boleh menggunakan 'italic' untuk perkataan bahasa Inggeris, dan sebaliknya.


13. Gunakan margin.

Tinggalkan sekurang - kurangnya margin satu inci di muka atas, bawah dan untuk dua tepi. Margin yang sebegini memberikan rupa yang kemas kepada format resume anda.

Jangan gunakan border yang kurang dari setengah inci.


14. Gunakan format single-spacing untuk body, dan format double-spacing untuk perenggan dan tajuk.


15. Gunakan format bullets untuk highlight pencapaian.

Isi penting kerap tenggelam dalam format perenggan. Penggunaan 'bullets' menolong menyusun maklumat yang berkaitan dan menekankan kepentingannya. Jangan melebihi dari sepuluh 'bullets' untuk satu perenggan.


16. Hadkan panjang perenggan kepada tidak lebih dari 5 atau 6 baris.


17. Gunakan layout resume (style/design) yang nampak profesional.

Ada dua sebab. Pertama, format resume anda akan nampak berbeza dari yang lain. Jadi, menarik perhatian pembaca dengan sekali pandang.

Kedua, orang dah tak minat tengok resume ala biodata budak sekolah rendah.


18. Keep it simple .

Jangan cuba menggabungkan tiga atau empat format stail yang berbeza untuk satu resume. Pilih satu dan kekalkan untuk keseluruhan format resume.


19. Jangan gunakan font berwarna - warni (lebih dari satu warna).



20. Semak semula.

Baca resume anda seberapa banyak kali yang boleh. Anda boleh meminta bantuan orang lain untuk membaca dan menilai resume anda. Pastikan segala panduan resume telah anda patuhi termasuk penggunaan ejaan yang betul.


Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;

BIL.

NAMA DAN GRED JAWATAN

TARAF JAWATAN

KEKOSONGAN

1.

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

TETAP/KONTRAK

1

2.

PENOLONG KURATOR GRED S27

TETAP/KONTRAK

1

3.

PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17

TETAP/KONTRAK

1

4.

JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17

TETAP/KONTRAK

1

5.

PEMBANTU MUZIUM GRED S17

TETAP/KONTRAK

2


Sila lihat iklan lengkap >> Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara

Borang permohonan jawatan kosong

Tarikh tutup permohonan : 22 November 2010


Dunia IT akan berpindah ke blog baru

Bagi kategori/label Dunia IT, akan dipindahkan ke alamat blog baru iaitu: www.liniking.blogspot.com

p/s: blog ini adalah empunya tuan yang sama.lebih senang buat tua blog yang berbeza topik supaya orang tidak keliru...kan3x

:: sudi2 la menjenguk ke laman baru itu..hihi

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG YANG BERKAITAN ADALAH DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA SAMBILAN SEPERTI BERIKUT:

1. Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48
2. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41
3. Pegawai Tadbir Gred N41
4. Penolong Pegawai Penerangan S27
5. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
6. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
7. Juruteknik Komputer Gred FT17
8. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
10. Pencuci
11. Pengasuh
12. Tukang Masak

Untuk iklan lengkap dan borang permohonan, sila layari http://www.lppkn.gov.my/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 November 2010

Jawatan Kosong di Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Dijemput mengisi kekosongan bagi jawatan berikut :-

1. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (N17)

Keterangan Kekosongan :
- SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya atau;
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan; dan
- Berumur 18 tahun ke atas.

Status Jawatan Kosong : Tetap
Bilangan Kekosongan : 3

Tempat Kerja:
Negeri : W.P. KUALA LUMPUR
Daerah : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Shif
Gaji Ditawarkan : RM 1000
Jantina : Lelaki
Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih

Cara Memohon:
Kepada yang berminat sila hantar biodata ke hr@kgpagolf.com

Tarikh Tutup Permohonan: 13 November 2010



credit: jawatankosongkerajaan.my

Jawatan Kosong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia mempelawa warga negara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan ini:-

1. Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)


Syarat Kelayakan: SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

Tempat Kerja :
Negeri : W.P. KUALA LUMPUR
Daerah : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Normal
Gaji Ditawarkan : RM 820.38
Status Jawatan Kosong : Tetap
Jantina : Tidak Memilih
Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih

PERMOHONAN MESTILAH DIBUAT MELALUI http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2010




credit : jobless.my

Nikon DSLR D90

fuh!! menangis kalau dapat camera DSLR D90 nie. Cun beb! Lihat bawah lagi untuk tau spesifikasi dan harga Nikon D90 ni..:)



Price : RSP RM 3,888.00 (with AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR);RSP RM 2,988 (body only);

Type of Camera : Single-lens reflex digital camera

Effective Pixels : 12.3 million

Image Sensor : Nikon DX format (23.6 x 15.8 mm) CMOS sensor

Image Size (Pixels) : 4,288 x 2,848 [L], 3,216 x 2,136 [M], 2,144 x 1,424 [S];D-movie: 1280 x 720 / 24fps, 640 x 424 / 24fps, 320 x 216 / 24fps

File Format : NEF (12 bit compressed RAW); JPEG (Baseline-compliant); AVI (Motion JPEG compression format with monaural sound)

Shooting Modes : 1) Single frame shooting mode, 2) Continous low shooting mode: 1-4fps, 3) Continous high shooting mode: 4.5fps, 4) Self-timer mode, 5) Delay remote mode, 6) Quick-response remote mode, 7) D-Movie

Klik sini >> Boucher Nikon D90


Selamat ber'fotografi'
:))




























Jawatan Kosong di Majlis Daerah Maran

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia ( keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang ) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PENILAIAN - W17
2. PEMBANTU AKAUNTAN - W17
3. JURUTEKNIK LANDSKAP - J17
4. PEKERJA RENDAH AWAM - R1



(E). CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang MDM.PERJ.1 yang boleh didapati
daripada Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Maran dan boleh muat turun
borang ini di laman web www.mdmaran.gov.my.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan
peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan (depan
dan belakang) dan sekeping gambar.

(c) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua
Jabatan masing- masing mengikut Perintah Am 21, Bab ‘A’.

(d) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan
dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang
ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang
berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.

(e) Borang permohonan yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berukuran 22
sm x 32 sm dengan setem yang mencukupi. Disudut sebelah kiri sampul surat
hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.


Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada 08 November 2010



Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. PEMBANTU UNDANG – UNDANG – GRED L29

SYARAT LANTIKAN:
(i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4)DAN

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29

SYARAT LANTIKAN:
(i) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada Kolej Inspektor Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6) DAN

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17

SYARAT LANTIKAN:
(i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii)Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan DAN

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA-CARA MEMOHON:
(i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan(MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

(ii) Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;

(iv) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;

CATATAN:
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan / senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan / atau temuduga;
(ii)Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2010


Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang

Permohonan adalah diperlawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada anak Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Bukit Bendera, Pulau Pinang,kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

I. Penolong Sistem Maklumat Gred F29 (Kontrak)
II. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (Kontak)
III. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 (Kontrak)
IV. Pembantu Am Pejabat Gred N1 (Kontrak)
V. Pemandu Kenderaan Gred R3 (Kontrak)


Tarikh tutup permohonan: Sebelum atau pada 08 November 2010

Alamat Permohonan dan Tarikh Tutup :
Pengurus Besar,
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang,
No 12 Jalan Brown,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2288861

 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building