Convert flv ke mpg

Salah satu software yang dapat digunakan untuk membuat mpg dengan hasil yang bagus (audio tidak terlalu pecah-pecah) adalah TMPGEnc. Format video yang didukung TMPGEnc pada dasarnya adalah avi,asf dan mpg. Flv adalah video dengan format flashmovie yang digunakan di Youtube. Sebenarnya banyak software video converter yang dapat mengubah flv menjadi mpg dengan mudah. Salah satunya adalah TMPGEnc.

Berikut ini langkah-langkahnya:

Download dan install
1. Download K-Lite Codec Pack dan install (tujuannya agar pc Anda dapat memainkan pelbagai macam format video dan audio)
2. Download TMPGEnc Plus 2.5 dan kemudian install

Setting Dahulu TMPGEnc
1. Buka TMPGEnc, apabila muncul windows ‘Project Wizard’ klik ‘Cancel’
2. Klik ‘Option’ kemudian ‘Environmental Setting’
3. Klik ‘Audio Engine’, di bahagian ‘Sampling Frequency Convertor’ centang ‘High Quality’
4. Klik ‘VFAPI plug-in’, Cari ‘DirectShow Multimedia File Reader’ kemudian klik kanan di ‘DirectShow Multimedia File Reader’, pilih ‘Higher Priority’, maka ‘DirectShow Multimedia File Reader’ akan naik ke urutan paling atas. Apabila belum mencapai urutan paling atas, cuba ulangi kembali klik kanan, kemudian pilih ‘Higher Priority’.
5. Klik ‘OK’

Saat ditunggu2 untuk Convert
1. Klik ‘File’, kemudian ‘Project Wizard’
2. Maka akan muncul windows ‘Project Wizard’
3. Project Wizard yang pertama iaitu memilih format mpg yang akan dihasilkan. Untuk membuat mpg untuk vcd dengan format pal, pilih ‘Video-CD – PAL. Kemudian klik ‘Next’
4. Project Wizard kedua iaitu memilih file yang akan diconvert/encoding. Di ‘Video File’ klik ‘Browse’, maka akan muncul kotak dialog ‘Open’. Di ‘Files of type’ (sebelah kiri cancel) scroll ke paling bawah, pilih ‘All files’. Kemudian pilih file flv yang ingin diconvert. Klik ‘Open’
5. Di bagian ‘Expert Setting for Source’, ‘Video Type’ pilih ‘Interlace’, ‘Field order’ pilih ‘Bottom field first (field B), ‘Aspect ratio’ pilih ‘4:3 625 line (PAL)’. Klik ‘Next’
6. Klik ‘Other Setting’ (diatas cancel), ‘Motion search precision’ pilih ‘High quality (slow)’. Boleh juga memilih ‘Highest quality’ (very slow) tapi sudah semestinya waktu untuk convert akan lebih lama. Klik ‘OK’, Klik ‘Next’
7. Kemudian klik ‘Next’ lagi,Di ‘Output file’ klik ‘Browse’ untuk menentukan tempat file hasil convertnya. Klik ‘OK’, kemudian ‘OK’ lagi.

Selain itu dapat juga dipergunakan untuk convert file 3gp menjadi mpg.
Selamat Mencuba guys...!!!

Jenis-jenis extension file yang biasa kita jumpa

Ekstensi folder berfungsi untuk mengetahui atau membezakan jenis suatu folder.Ekstensi folder biasanya terdiri dari 3 huruf tetapi juga terdapat stretching yang hanya terdiri dari 2 ataupun 4 huruf.Ekstensi folder terletak pada tiga huruf terakhir sesudah titik(.)... Untuk mengetahui /menampilkan stretching dari suatu folder ; caranya adalah sebagai berikut:
(Untuk Windows XP)
1. Buka Windows Explorer
2. Pilih Tools -> Folder Options
3. Masuk ke Tab View
4. Apply -> OK

Berikut adalah beberapa ekstensi suatu folder yang sering kita jumpa beserta penjelasan.
1. EXE = File aplikasi (executable.Hanya boleh dibuka di sistem operasi windows.
2. DOC = File Dokumen dan dapat dibuka dengan MS Word.
3. GIF = File Gambar/Animasi.File dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar seperti PhotoShop, PhotoPaint, Paint, ACDSee, Ulead Gif Animator dan lain2.
4. JPG/JPEG/BMP = sejenis file untuk Gambar. Dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar seperti PhotoShop, PhotoPaint, Paint, ACDSee dan lain2.
5. ICO = File untuk Icon Gambar. Dapat dibuka dengan semua aplikasi untuk cut gambar icon.
6. PSD = File Image, File Photoshop. Dapat dibuka dengan aplikasi Adobe PhotoShop.
7. MP3 = File Audio. Dapat dibuka dengan aplikasi audio seperti Winamp, Windows Media Player atau lain2 aplikasi berkaitan audio.
8. MPG/MPEG = File Video. Dapat dibuka dengan aplikasi video seperti Windows Media Player atau yang lainnya.
9. WAV = File Audio. Dapat dibuka dengan aplikasi audio seperti Winamp, Windows Media Player atau yang lain2.
10.AVI = File Video (Biasanya digunakan untuk looks DVD). Dapat dibuka dengan aplikasi video seperti CyberLink PowerDVD atau yang lain2.
11.FLV = File Flash Video. Dapat dibuka dengan aplikasi video ripple seperti Total Video Player, FLV Player atau sbginya.
12.PDF = File Dokumen dari Adobe. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Adobe Acrobat Reader.
13.LOG = File Log. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
14.TXT = File Teks. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
15.ASM = Source Code Pemprograman Assembly. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti Notepad, Wordpad atau yang lain2.
16.RAR/ZIP = File Compress. Dapat dibuka dengan aplikasi seperti WinZip atau WinRar.
17.REG = File Registry. Dapat dibuka dengan aplikasi Regedit atau Notepad.
18.HTM/HTML/SHTML = File Internet Document. Dapat dibuka dengan Netscape Navigator, MS Internet Explorer, Mozilla Firefox atau yang lain2.
19.CDR = File Corel Draw. Dapat dibuka dengan Corel Draw.
20.TTF = File Font. Dapat dibuka dengan aplikasi Font Viewer.
21.BAT = File Batch. Sebuah folder manual yang berisi beberapa perintah yang secara segaja untuk di eksekusi oleh configuration instantaneous.Dapat dibuka dengan aplikasi Notepad.

Apa itu BIOS ?

Apa itu BIOS
BIOS atau sistem input-output asas ialah program komputer yang menjalankan operasi input-output semasa proses POST. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS.

Jenis-jenis BIOS
Berikut adalah senarai pengeluar terkemuka dunia yang menghasilkan BIOS:

•Acer Labs

•American Megatrends Inc. (AMI)

•Microid Research (MR BIOS)

•Phoenix Technologies

•LSI Logic

•Winbond

Setiap pengeluar biasanya akan menghasilkan BIOS yang berbeza-beza dari segi Kod Ralat (Error Code), Kod POST (POST Code), dan Kekunci Sampukan (Interrupt keys). Oleh itu cara penggunaan bagi setiap BIOS tersebut juga adalah berbeza.

Cara untuk mengakses BIOS
Program BIOS boleh diakses dengan menggunakan kekunci sampukan (Interrupt keys) iaitu dengan menekan satu atau dua kombinasi kekunci tertentu semasa komputer menjalankan operasi POST.


Oleh kerana setiap pengeluar BIOS menghasilkan BIOS yang berbeza-beza, maka kekunci sampukan bagi setiap BIOS juga berlainan. Table berikut menunjukkan kekunci sampukan (interrupt keys) bagi setiap pengeluar BIOS:

Pengeluar BIOS
Kekunci

BIOS AMI
Del

BIOS Award
Del atau Ctrl+Alt+Esc

Compaq
F10

IBM Aptivas dan Thinkpads
F1

Microid Research (MR BIOS)
Esc

BIOS Phoenix
F2

Komputer Riba Toshiba
Esc, kemudian F1



Anda juga boleh mengetahui kekunci sampukan bagi sistem anda dengan melihat teks kecil yang tertera di bahagian bawah skrin POST anda.

"Press __ to Enter Setup."

Setelah anda memasuki BIOS, anda bolehlah melakukan perubahan konfigurasi pada sistem anda, seperti memilih pemacu yang mana satu untuk dimulakan (boot) terlebih dahulu, mengesan cakera keras serta menentukan kelajuan bas. Sebab itu program BIOS amat popular di kalangan para overclockers yang menginginkan sistem komputer berprestasi tinggi tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Virus Komputer yang berasal dari Malaysia

Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi antara negara yang mempunyai penulis virus. Walaupun tidak diketahui secara tepat siapakah penulis virus-virus ini, namun ia dikenali menerusi signature nya seperti KV yang bermaksud Klang Valley dan KL yang bermaksud Kuala Lumpur.

Antara virus-virus ini ialah :

1. Antigus

2. Black Monday : Virus Black Monday adalah antara virus yang paling popular daripada Malaysia.

3. Pendang
Pendang mula ditemui pada tahun 2001, walaupun para pengkaji virus yakin virus ini telah lama berada di dalam dunia komputer. Ia kadang-kala di panggil HLLC.Birthday.10736 bagi sesetengah anti-virus Berikut adalah spesifikasi virus Pendang daripada Pc-Cillin (salah sebuah pengeluar anti-virus ternama).

Virus Name: PENDANG
Language: English
Virus Type: Dos Executable
Platform: DOS /WINDOWS 9X/NT/ 2000
Number of Macros: None
Encrypted: Non encrypted and non compressed.
Size of Virus: 10,736 bytes

Adalah dipercayai bahawa Virus Pendang mengambil nama sempena nama sebuah daerah Pendang, di Kedah. Malaysia.

4.World Peace : Walaupun virus ini tidak mempunyai signature yang mengatakan ia berasal dari Malaysia. Namun ia dianggap berasal dari Malaysia kerana ia mula ditemui di Malaysia pada Mei, 1992.

5. Bomber

6. Fellowship


p/s: berhati-hati sekiranya anda pernah terserempak dengan virus ni. Siapa kata orang2 Malaysia kurang orang pakar dalam bab2 virus nie. Wahai orang Sabah, apa kata kita pun buat virus ramai2...jan virus H1N1 sudah la...:P

Perbezaan Adware dan Spyware

Adware
Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk pop-up yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

Microsoft Defender
Lavasoft Ad-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

Firewall Barracuda

Kelebihan dan Kelemahan Windows 7 (versi beta)

Windows telah mengeluarkan salah satu produk yang ditafsirkan jauh lebih handal dan inovatif berbanding windows sebelumnya.. Selepas beberapa kontroversi dan kritikan yang diberikan oleh oleh pengguna mengenai prestasi Windows Vista daripada gergasi perisian, Microsoft, mereka telah beralih kepada perisian seterusnya iaitu WINDOWS 7.

Sebelum kita berdepan dengan perubahan daripada Windows XP / Vista / dll ke Windows 7, adalah lebih baik kita selidik dulu kelebihan dan kelemahan Windows 7 ini. Walaupun penggunaan Windows 7 ini baru peringkat percubaan (versi beta).
Kelebihan dari windows 7 (versi beta) antara lain :
1. proses boot/shut down lebih cepat
2. Mengoptimiskan 'prefetching' untuk HD atau SSD
3. 3D yang menonjol.
4. Sistem 'security'yang diperketatkan.
5. Sistem file yang lebih detail dan teratur.
6. Tidak perlu install driver,jika hardware tersebut sudah dikenali oleh windows,@ bebas install driver dll.
7. Telah upgrade ke Direct X 11

Kelemahan / Kekurangan :
1. Terdapat beberapa aplikasi yang belum dapat beroperasi di Windows 7.
2. Bug pada Windows Player 12
3. Terdapat sesetengah hardware yang boleh insatll di Windows Vista tetapi tidak di Windows 7

p/s: nampak macam menarik untuk kita sama2 belajar mengenai Windows 7 ni. Sama2 lah kita tunggu kemunculan version Windows 7 ni. Tidak tau bila dilancar sepenuhnya di M'sia.

Tunggu....!!!!

Jawatan Kosong Di Sabah

Terdapat jawatan kosong di Sabah. Siapa yang berminat boleh lah klik >>> www.jawatan.sabah.gov.my

Jawatan untuk : a) Penolong Pegawai Pertanian : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009
b) Juruteknik : Tarikh Tutup Permohonan 16 Nov 2009

p/s: permohonan boleh dibuat secara online sahaja. No more isi pakai borang lagi.
Cepat sebelum tarikh tutup.Mana tau ada nasib!

Tips memastikan RAM betul2 rosak sebelum diganti

Sebelum kamu semua mo tukar atau beli RAM baru selepas disahkan RAM [Random Access Memory] komputer kamu rosak, kamu boleh try test cuba dulu tips nie.. ..
Caranya :- (kacang bah nie)

1. Kenalpasti masalah RAM
Kalau RAM ada masalah, akan keluar bunyi 'beep' daripada motherboard[papan induk] komputer kita.Bunyi 'beep' terhasil apabila BIOS [Basic Input Output System] dapat kesan masalah pada RAM, samada RAM rosak atau RAM nda letak betul2 dalam slot.…Jadi periksa RAM masing2 yeah!

2. Cabut RAM anda
Cabut RAM tu daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang biasa kita pakai time sikul2 dulu] , kasi gosok jejalur emas yang ada di RAM tu, lepas tu lap dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM
Sebelum pasang RAM tu balik pada motherboard, sapu dulu slot RAM tu menggunakan berus cat [berus cat yang nda mudah tertanggal bulu2]..tujuan proses ini untuk membuang habuk-habuk yang ada di slot tersebut..

4. Pasang semula RAM anda
Akhir sekali, bulihlah pasang semula RAM tu. Kalau masih lagi ada masalah atau still bunyi 'beep'..confirm la RAM tu betul2 rosak.Kasi sedialah dompet tebal2..

*** boleh juga guna tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card

Selamat Mencuba...!!!!

Masalah disebabkan virus

Halu Tambalut...

Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda. Sama2 la kita memantapkan ilmu di dada. Tahukah anda serangan virus ini menimbulkan pelbagai masalah kepada komputer kita. Pernah dengar "trojan" "worm" "jamban"...bla bla bla bla.macam2 jenis virus ada sekarang ini. Tidak percaya? Cuba try test scan komputer anda...'nah ambik kau' >> komputer anda menternak virus rupanya. Virus juga mengubah/menghilangkan fungsi2 komputer. Sama-sama la kita cari penyelesaiannya.

Task Manager Disabled
Untuk menggunakan Task Manager tekan Ctrl+Alt+Del pada keyboard.Task Manager digunakan untuk melihat dan mematikan services , program yang sedang running , akaun user yang aktif , status memory sedang digunakan dan status networking.Kebiasannya bila ingin mengkatifkan Task Manager akan keluar satu mesej ” Task Manager has been disabled by your administrator“.Salah satu punca Task Manager Disabled disebabkan oleh virus , spywares dan trojans.Screenshot Task Manager Disabled.Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan Task Manager.

Cara Pertama - Group Policiy
1. Click Start
2. Click Run
3. Taip gpedit.msc dan click OK
4. Dalam Group Policy Setting
5. Pilih User Configuration
6. Pilih Administrative Templates
7. Pilih System > Klik pada Ctrl+Alt+Delete options > Double klik the Remove Task Manager option dan ubah nilai Value 1 kepada o > Double klik pada Prevent access to Command Prompt,kemudian set kepada disable,apply > kemudian set semula kepada not configured.Nilai 0 mengambarkan tidak aktif , nilai 1 mengambarkan aktif.

Cara Kedua – System Registry.


Klik Run dan taip perkataan REG add
HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f dan klik pada ok

atau pun secara manual:

Klik Run
Taip regedit dan klik ok
Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.


Cara lain - Software

Terdapat banyak software percuma yang dapat repair system registry yang rosak.Salah satu Task Manager Fix.Downlod TaskManagerFix percuma.Sebelum melakukan proses ini digalakkan update AntiVirus terlebih dahulu dan scan.


System Registry Windows
System Registry adalah satu susunan database yang digunakan untuk menyimpan maklumat yang telah di configuration.Dalam System Registry terdapat maklumat mengenai program yang telah di install , hardware , setting interface windows dan port-port yang digunakan.System Registry hanya terdapat pada Windows Version 95 ke atas sahaja.System Registry berlainan mengikut version Windows tersebut.System Registry dapat diubah oleh pengguna namun tidak digalakkan sekiranya kurang mahir.

System Registry disusun dengan teratur mengikut kategori-kategori tertentu.Susunannya boleh dianggap seperti yang kita lihat pada Windows Explorer.Kebiasaanya disusun seperti berikut :

+HKEY_CLASES_ROOT
+HKEY_CURRENT_USER
+HKEY_LOCAL_MACHINE
+HKEY_USER
+HKEY_CURRENT_CONFIG


System Registry juga selalu di serang virus dengan mengubah dan menambah nilai-nilai value pada System Registery.Antaranya adalah menghilangkan menu search , hilangkan folder option , disable command prompt dan disable registry.Masalah ini dapat diselesaikan dengan mengubah/buang pada System Registry.

Menu Seacrh Hilang
Cara untuk mengembalikkan menu search taip REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /t REG_DWORD /d 0 /f pada run dan klik ok.Selepas itu restart komputer.

Folder Option Hilang
Cara untuk mengembalikannya dengan mengubah Value 1 kepada 0 pada HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\Currentversion\Policies\Explorer .Untuk lebih mudah anda boleh menggunakan menu search pada System Registry.

Command Prompt Disabled
Hanya perlu taip REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f pada menu run dan klik ok seterusnya restart komputer.

Registry Disabled
Taip perkataan REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /f pada run klik ok dan restart komputer.
Hai kawan2..

Disini sia ingin berkongsi sedikit pasal nombor pendaftaran kenderaan kita. Biasanya nombor kenderaan ini wujud mengikut negeri.Cth pangkal bagi nombor pendaftaran kenderaan di negeri Sabah adalah 'S'..sarawak bermula dengan huruf 'Q"..dsbg. Itu kita tahu dan 'familiar' dengan identiti pangkal huruf nombor pendaftaran kenderaan.

Pernahkan kita nampak flat kenderaan yang lain daripada lain? Mari kita tengok siapa yag kena!

1. KRISS xxxx
2. LOTUS xxxx
3. NAZA xxxx
4. PERSONA xxxx
5. PERODUA xxxx
6. PUTRA xxxx
7. PROTON xxxx
8. PUTRAJAYA xxxx
9. SATRIA xxxx
10. SUKOM xxxx
11. TIARA xxxx
12. WAJA xxxx
13. XIIINAM xxxx
14. XIASEAN xxxx
15. XOIC xxxx
16. XXXIDB xxxx
17. BAMBEE xxxx
18. BRUNEI
19. CHANCELLOR xxxx
20. COMEL xxxx
21. EKUINE xxxx
22. FP xxxx
23. GP xxxx
24. HELANG xxxx
25. JAGUH xxxx
26. JALURGEMILANG xxxx
(xxxx - nombor kenderaan)

Antara yang dapat sia dapat kongsi bersama. Hairan bin ajaib! Macamna mo dapat no. flat kenderaan yang istimewa nie. Mungkinkah ada 'luck' setiap kenderaan ni? Saya pun tidak tahu. Masih tertanya2 jawapannya. Kalau ada sesiapa yang tahu kenapa bolehlah kongsi di sini. Jan kudukut ba..

p/s: Ini hanyalah sekadar informasi. Kalau salah tolong betulkan.
halu Tompinai..nunu tabar dikoyu? (T_T fail dusun ba nie)

Its a long time no see yeah! Sia baru balik dari kursus d Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Best!!!! Rasa nda mo balik ofis la ba..Makan jangan cakap, kali2 makan mesti abis 5 piring..hehehe. Pada sesiapa yang mo bercuti sia suggest p Puteri Resort Ayer Keroh. Rate resort tu pun not bad. Tidak juga mahal betul. Yang sedang2 saja bah. 1 nite RM172.50 for deluxe room + b/fast for 2 person. Promotion untill end of dis year. So apa tunggu lagi. Marilah bercuti. Cuti2 malaysia...
 

Copyright 2008 All Rights Reserved | Nothing Goes To Waste Designed by Bloggers Template | CSS done by Link Building